MP for Kluang • Political Education Director, Democratic Action Party

Respon ringkas oleh Ahli Parlimen Kluang terhadap Jawapan Parlimen Menteri Dalam Negeri

Dalam lima tahun kebelakangan ini, sejak saya memasuki Parlimen pada tahun 2008, saya telah meminta Kementerian Dalam Negeri untuk menyenaraikan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh PDRM terhadap cadangan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

Suruhanjaya Diraja tersebut diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Disember 2003 dan laporan akhir diserah kepada Kerajaan pada April 2005 dan dikemukakan kepada semua dengan terbitan buku laporan pada 16hb Mei 2005.

Lapan tahun selepas laporan tersebut dikemukakan kepada rakyat, Kerajaan tidak pernah menjawab secara terperinci tentang cadangan-cadangan Suruhanjaya tersebut.

Contohnya, dalam jawapan pertanyaan yang dilampirkan, Kementerian hanya memberi maklumat peratusan cadangan yang diterima dan dilaksanakan. Akan tetapi, kebanyakan cadangan hanya dilaksanakan secara “superficial”.

Cadangan untuk mengemukakan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) kepada umum tidak disetujui atas sebab “tradecraft” adalah paling tidak munasabah.

Seperti apa yang disyorkan oleh Laporan Suruhanjaya, PDRM sepatutnya memposisikan sendiri sebagai “police service” dan bukan “police force”.

PDRM mesti lebih responsif terhadap pandangan rakyat dan bukan lagi beraksi sebagai satu pertubuhan para-military.

Satu Kertas Putih (White Paper) harus dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri kepada Parlimen berkenaan 125 Cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja, selepas hampir 10 tahun suruhanjaya tersebut ditubuhkan.

Liew Chin Tong

IMG_00000342

 

IMG_00000343

 

IMG_00000344

SHARE

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Connect with Facebook

*
*