Ahli Parlimen Kluang • Pengarah Pendidikan Politik, Parti Tindakan Demokratik

Negara dalam penantian

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang menantikan perubahan terutamanya selepas pilihanraya umum 1999 di mana sebilangan besar rakyat Malaysia telah memilih kerajaan bebas korupsi, berdemokrasi dan berupaya memberi pembahagian peluang dan sumber secara adil.

Agenda-agenda yang memerangkap perhatian rakyat semasa PRU 1999 berterusan sehingga PRU 2004 dan 2008, cumanya pada tahun 2004 mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencuri platform reformasi. Semenjak Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri 30 tahun dahulu lagi, rakyat telah pun berusaha mengubah sistem politik negara yang dilihat bermasalah.

Sistem satu parti yang telah memerintah negara ini sejak merdeka menolak sebarang keperluan berubah walaupun regim ini telah menyaksi kekalahan yang paling teruk semasa PRU 2008.

Oleh demikian, adalah menjadi harapan saya untuk melihat negara dalam penantian ini, dalam sepuluh tahun lagi, mampu bangkit sekali lagi untuk mendemokrasikan sistem politik kita, membebaskan kerajaan dari korupsi, dan merubah sistem masyarakat supaya memandang tinggi nilai keadilan sosial dan peluang saksama.

Hanya dengan masyarakat sebegini, kita boleh memulihkan harapan dan kepercayaan, dan membawa peluang yang baru kepada negara yang sudah lelah menanti perubahan ini.

Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Bukit Bendera pada Mac 2008. Chin Tong telah menjawat beberapa jawatan penting, kini merupakan Ahli Jawatankuasa dan Setiausaha Biro Antarabangsa DAP

Ketahui lebih lanjut mengenai rekod pencapaian Chin Tong

Tanpa pengangkutan awam yang baik, kenaikan harga petrol bakal tingkatkan kematian penunggang motosikal

Keputusan Kerajaan menaikkan RM0.20 harga petrol masing-masing pada 1 Januari dan Februari tahun ini telah memberikan kesan ekonomi yang besar melibatkan kos sara hidup rakyat. Saya sendiri telah menegaskan bahawa hal ini menjadi penyumbang kepada peningkatan kemalangan motorsikal khususnya. Apa yang benar-benar membimbangkan saya, dengan tahap akses kemudahan pengangkutan awam yang amat terbatas di Malaysia,… Baca Lagi

BR1M Bukan Jawapan Tuntas Untuk Sebuah Polisi Ekonomi Bagi Golongan Berpendapatan Terendah 60% Kebawah

BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) bukan jawapan untuk sebuah polisi ekonomi yang tuntas bagi menyelesaikan isu melingkari golongan berpendapatan terendah 60% kebawah. Naif sekali jika UMNO menyangka rakyat terbanyak tidak menyedari hal ini.   UMNO menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan satu kesilapan besar apabila dengan beraninya mendakwa BR1M adalah ‘rasuah’. Anggapan mereka, rakyat… Baca Lagi

DAP Ucap Takziah kepada Mangsa Nahas Kemalangan Bas di Pagoh

Sewaktu kemeriahan menyambut kedatangan Krismas, rakyat Johor dan Malaysia umumnya dikejutkan dengan satu berita kemalangan tragis melibatkan bas ekspres Alisan dari arah Singapura ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).   Bas tersebut dipercayai terbabas ke tepi jalan sebelum terhumban ke dalam gaung setinggi 3 meter di Kampung Jayor, Pagoh.   Kemalangan telah mengakibatkan 13… Baca Lagi

GARIS PERLAWANAN MENUJU PRU-14: Antara ketakutan vs harapan, politik perkauman vs kebangkitan 99%

Pilihan Raya Umum yang akan datang bakal menyaksikan pertarungan sengit antara UMNO dan pembangkang: UMNO yang akan menggunakan senjata perkauman bagi mewujudkan ketakutan dikalangan pengundi manakala pembangkang dengan tema ‘harapan baru’ untuk masa hadapan negara, mewakili aspirasi 99% rakyat terbayak di Malaysia. Mencermati intipati ucapan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO… Baca Lagi

Politik ‘Ugut’: Lekeh Sangatkah Rakyat di Mata Khaled untuk Digertak-gertak?

Menteri Besar, Khaled Nordin dalam ucapan penggulungan Sidang DUN Johor semalam akhirnya memperlihatkan wajah beliau yang tidak lebih hanya mampu berterusan mengambil jalur perkauman sempit untuk berhadapan parti lawan. Dengan lantang Ketua Perhubungan UMNO Johor ini membuat serangan menerusi tuduhan kononnya DAP hanya berjuang untuk masyarakat Tionghua dan mengenepikan aspirasi masyarakat Melayu dan India. Tuduhan… Baca Lagi

Older Posts