
Tubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen atau Suruhanjaya DiRaja
- 22 December 2009
- Uncategorized
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi patut menubuhkan satu Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen atau Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dengan lebih mendalam kes dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang.
Tindakan segera mengaji semula berkesannya perlaksanaan sistem pengurusan penyenggaraan Angkatan Tentera Malaysia mesti diambil oleh Ketua Audit Negara untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa atau berlakunya penyelewengan dan pembaziran wang awam.
Menurut Menteri Pertahanan, satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan untuk berbincang isu itu tetapi penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen atau Suruhanjaya DiRaja mesti diambil berat supaya siasatan boleh bermula dengan segera.
Demi kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara, Kementerian Pertahanan harus memberi kerjasama yang sepenuhnya dan akur kepada hasil siasatan walaupun bukan dari pihak Kementerian Pertahanan dan tidak menolak penubuhan satu jawatankuasa atau suruhanjaya atas alasan rahsia rasmi.
Oleh sebab peruntukan Bajet Pengurusan untuk Kementerian Pertahanan pada tahun 2009 adalah sebanyak RM10.65 bilion dan Bajet Pembangunan adalah RM2.35 bilion, pihak kerajaan harus bertanggungjawab sepenuhnya dan memberi kerjasama supaya siasatan boleh dijalankan dengan lebih tulus dan berkesan.
LIEW CHIN TONG
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022ยท
Ending low pay

- 2 Jul 2022ยท
๐ง๐ต๐ฒ ๐๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐ฎ๐น ๐๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐: ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ผ๐ป
Join Us
Letโs build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.