Jawatan Tatatertib PR Kekang Putarbelit Media

Pertubuhnya Jawatankuasa Tata Tertib Pakatan Rakyat akan mengukuhkan hubungan sesama parti gabungan untuk berganding bahu melawan serangan bertali arus dari musuh politik.

Ia melambangkan kemantapan dan kematangan gagasan itu dalam mengendalikan kecelaruan yang kerap ditimbulkan media kawalan Umno-Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berpendapat penubuhan jawatankuasa itu meningkatkan kualiti disiplin pemimpin parti gabungan.

Jawatankuasa itu dapat mengelak perselisihan antara pemimpin yang sebenarnya bersandarkan amalan keterbukaan, diputar belit demi kelangsungan politik Umno-BN.

“Saya melihat ini sebagai mekanisme atau langkah yang diperlukan. Jikalau isu-isu tidak diselesaikan sekurang-kurangnya isu-isu ini dapat dikendalikan dan masalah-masalah yang akan berlaku boleh dikesan sebelum berlaku, sebelum isu-isu tersebut diperbesarkan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat”.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pula menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai langkah utama bagi memperkasa gagasan Pakatan Rakyat.

Katanya, jawatankuasa itu menjurus kepada penyediaan garis panduan disiplin dan lebih tertumpu kepada soal penyelarasan tata cara hubungan dalam parti.

“Soal jawatankuasa disiplin ini bukan (disebabkan) berlakunya serang menyerang, jawatankuasa disiplin ini untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat daripada segi adab disiplin pimpinan dan ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat” tambahnya lagi.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga menyifatkan tertubuhnya jawatankuasa itu membuktikan pimpinan Pakatan Rakyat mengambil berat terhadap tahap disiplin dalam parti gabungan.

“Yang pertama sekali masalah-masalah ahli-ahli parti di dalam Pakatan Rakyat ini sentiasa dibincangkan oleh pucuk pimpinan,” kata Johari.

“Ini boleh mengurangkan salah faham atau pun yang lain-lain yang orang lain mentafsirkan keadaan sebaliknya,” tambahnya.

tvselangor.com

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More