SOALAN BUKIT BENDERA Mesyuarat Pertama Penggal ketiga, Parlimen Kedua Belas persidangan parlimen sessi Mac 2010 yang akan bermula pada 15 Mac 2010 (Isnin).

Soalan-soalan Lisan

1. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Kebangsaan (NEAC) “Impact of Foreign Workers on the Malaysian Economy” dibentangkan 29 September 2004 dan adakah cadangan-cadangan terkandung dalamnya ditimbangkan sama sekali dan apa dasar baru yang telah dilaksanakan berdasarkan Laporan Kajian tersebut.

2. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada bancian rakyat yang akan dijalankan pada tahun 2010, bila ia dijadualkan, kos banci tersebut, dan adakah ia mengambil kira bilangan dan jenis OKU?

3. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kos penyelenggaran jenis pesawat MIG dan F18 sejak tahun 2000, sama ada siasatan dalaman TUDM diadakan untuk mengenalpasti tahap penyelewengan dalam ATSC yang telah mengakibatkan kos penyelenggaraan MIG lebih mahal beberapa kali ganda dari jenis pesawat lain?

4. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilangan anggota ATM berketurunan bukan Melayu, dan sama ada kajian dilakukan dalam memahami sebab sebenar kekurangan penyertaaan mereka dalam ATM dan sama ada usaha telah dilakukan bagi memulihkan keadaan.

5. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah program memaklumkan ahli-ahli parlimen berkenaan isu-isu pertahanan seperti Australian Defence Force Parliamentary Program di Malaysia akan diadakan? Selain daripada program Wataniah, apakah caranya untuk ahli-ahli Parlimen yang berminat dengan isu-isu ketenteraan laut dan udara menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

6. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kertas Putih akan dikeluarkan untuk memaklumkan Dewan ini dan rakyat Malaysia berkenaan isu kehilangan enjin jet, termasuk punca insiden, jenis aset ATM lain yang telah hilang dan proses keselamatan baru yang dilaksanakan serta bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

7. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kos sebenar penyelenggaran kapal selam TLDM, kontraktor penyelenggaran, dan sebab-sebab kapal selam tidak dapat menyelam.

8. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan alasan-alasan buku biografi “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” oleh Barry Wain tidak dibenarkan untuk penjualan sejak tiba di Pelabuhan Klang pada November 2009.

9. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status proses pendaftaran kerakyatan kaum orang asal di Sarawak, khasnya di kawasan Baram dan bolehkah had masa 2011 dicapai dan sama ada cadangan untuk mengadakan Operasi Pendaftaran Bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Residen dan Daerah, Mahkamah Bergerak, Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia, dan sebagainya telah dilaksanakan?

10. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kerajaan akan menyediakan kemudahan akses bagi pelajar-pelajar OKU yang menyertai sekolah-sekolah rendah dan menengah biasa (bukan sekolah pendidikan khas) di setiap negeri; jika ada berapaka sekolah rendah dan menengah telah disediakan mengikut negeri dan jika tiada, apakah dasar untuk berbuat demikian?

Soalan Bukan Lisan
1. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan tahap kecapaian dan alasan ataupun penghuraian jika tidak dicapai bagi setiap daripada 125 cadangan-cadangan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dibentangkan tahun 2005.

2. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan perjawatan diperuntukan dan kekuatan sebenar PDRM mengikut komponen utama operasi dan menyatakan adakah komponen yang mana yang telah tertinggal masa seperti Pasukan Gerakan Am akan dimansuhkan.

3. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan pengambilan Pelajar Ijazah Saujana Muda Pergigian di IPTA, mengikut kategori latar belakang pendidikan (iaitu STPM, Matrikulasi atau lain-lain), kaum dan jantina, pada tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009.

4. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan guru yang dilatih bawah program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dan Kursus Penguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Pendidikan Bahasa Cina di Institut Perguruan di bawah Kementerian Pelajaran pada 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.

5. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI KEWANGAN menyenaraikan tanggungan kewangan secara terus (direct financial obligations) Kerajaan Malaysia dalam bentuk jaminan kewangan untuk instrumen hutang (debt instruments) seperti Sukuk, MTB (Malaysian Treasury Bills), Cagamas Bonds dan lain-lain dengan maklumat jenis tanggungan (type of obligation), amaun pokok (principal amount), hari kematangan (maturity date), penerbit (issuer), bayar balik atau bunga lanjutan tempoh (refinance interest); dan juga tanggungan kewangan yang bukan secara terus dalam bentuk jaminan bon terbitan GLC dan agensi kerajaan pusat dan negeri.

Usul

“Bahawa dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh MINDEF, mesti dibawa ke parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara.”

(MENTERI PERTAHANAN)

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More