
Kos Penyelenggaraan Jenis Pesawat MIG dan F18 sejak tahun 2000
- 17 March 2010
- Uncategorized
JAWAPAN LISAN PARLIMEN 16 MAC 2010
SOALAN:
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kos penyelenggaraan jenis pesawat MIG dan F18 sejak tahun 2000, sama ada siasatan dalaman TUDM untuk mengenalpasti tahap penyelewengan dalam ATSC yang telah mengakibatkan kos penyelenggaraan MIG lebih mahal beberapa kali ganda daripada jenis pesawat lain.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
Kajian menunjukkan kos pembelian alatganti dan pembaikan bagi pesawat MIG-29N adalah 70% lebih tinggi berbanding dengan kos bagi pesawat F-18. Bagi setiap satu jam pengoperasian pesawat MIG-29N kadar kos pembelian alatganti dan pembaikan adalah sebanayak RM49 juta berbanding dengan pesawat F-18 sebanyak RM29 juta.
Tiada penyelewengan dikesan atau dilaporkan di dalam pembelian alatganti dan pembaikan komponen di Aerospace Technology System Corporation (ATSC). Kos penyelenggaraan pesawat MIG-29N lebih tinggi adalah kerana kos alatganti dan pembaikan komponen pesawat tersebut adalah jauh lebih mahal.
Share this article
Related Articles


- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻

- 29 Jun 2022·
Four major challenges confronting us
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.