Lebih 84 peratus anggota tentera orang Melayu

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata hanya terdapat 17,521 anggota bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 15.3 peratus daripada jumlah kekuatan keseluruhan pasukan tersebut.

Kajian yang dilakukan mendapati golongan bukan Melayu kurang berminat disebabkan ATM mengamalkan disiplin yang tinggi, keadaan tugas yang ‘rigid’ dan perlu bersedia berkorban masa serta nyawa, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata pihaknya mengadakan pelbagai program bagi menarik minat golongan bukan Melayu menyertai ATM seperti promosi kerjaya di Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah, promosi bersama dengan jabatan awam negeri, dan hebahan melalui media cetak dan elektronik.

– Bernama

 

Jawapan parlimen 18 Mac 2010

Soalan:
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilangan anggota ATM berketurunan bukan Melayu dan sama ada kajian dilakukan dalam memahami sebab sebenar kekurangan penyertaan mereka dalam ATM dan sama ada usaha telah dilakukan bagi memulihkan keadaan.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua

Penyertaan bukan Melayu di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa ialah 17,521 orang iaitu sebanyak 15.25 peratus (%) daripada kekuatan ATM.

Kementerian mengakui bahawa penyertaan kaum bukan Melayu di dalam perkhidmatan ATM masih berkurangan, namun terdapat peningkatan sejak kebelakangan ini. Kajian telah dilakukan dan mendapati kaum bukan Melayu kurang berminat disebabkan perkhidmatan ATM yang mengamalkan disiplin yang tinggi, keadaan tugas yang rigid, memerlukan semangat juang yang kental dengan meletakkan nyawa dan anggota sebagai satu pengorbanan serta kebebasan masa yang terhad bagi kepentingan peribadi.

Tuan Yang Di-Pertua,

Kementerian sentiasa berusaha menarik minat golongan bukan Melayu untuk menyertai ATM. Di antara langkah-langkah yang telah dilakukan adalah seperti berikut:

1. Mengadakan promosi-promosi kerjaya di IPTA/IPTS/Sekolah-sekolah.
2. Mengadakan ‘road tour’ mempromosikan kerjaya ketenteraan di sekolah-sekolah terpilih.
3. Mengadakan sessi penerangan berhubung aspek ketenteraan semasa Pameran LIMA, DSA dan hari Ulangtahun ATM (Darat, Laut dan Udara).
4. Mengadakan hebahan melalui media cetak dan elektronik termasuk akhbar berbahasa Cina dan India.
5. Mengadakan ‘Joint Promotion’ dengan jabatan awam negeri seperti Badan Kebudayaan Negeri, AADK, jabaan pendidikan Negeri.
6. Pameran kerjaya bersama-sama dengan persatuan-persatuan negeri seperti Persatuan Sivik India sempena Perayaan ‘Unggal Punggal’.
7. Promosi dan syarat memasuki perkhidmatan ATM melalui laman web rasmi ATM dan juga melalui Jobs Malaysia.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More