
PDRM memerlukan penstrukturan semula yang menyeluruh
- 13 April 2010
- Uncategorized
Dalam pembahasan peringkat jawatankuasa Perbelanjaan Mengurus Tambahan kedua 2009, saya telah menyeru Kementerian Dalam Negeri supaya menstukturkan semula Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandukan cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.
Cadangan ke-7 Laporan Suruhanjaya Diraja berbunyi “peralihan daripada paradigma ‘pasukan’ kepada paradigma ‘perkhidmatan’ yang dijangka selesai dilaksanakan pada Ogos 2005 dan cadangan ke-8 yang berbunyi
“menumpukan sumber kepolisan profesional kepada fungsi utama polis (iaitu membanteras jenayah), mengawamkan atau menyalurkan keluar (outsource) fungsi bukan utama polis” yang dijangka selesai dilaksanakan pada Mei 2007
langsung tidak diperdulikan oleh Kementerian Dalam Negeri mahupun PDRM.
Dalam Jawapan Parlimen kepada soalan bukan lisan saya pada sesi ini, terdapat jumlah keseluruhan perjawatan PDRM yang diluluskan pada 31 Disember 2009 adalah seramai 107,455 orang.
Kalau kesemuanya anggota polis tersebut menumpuhkan kekuatan mereka dalam pembanterasan jenayah, nisbah polis dengan penduduk, iaitu 1:270, tidak jauh daripada nisbah optimal Interpol 1:250.
Malangnya, tenaga polis kita tidak ditumpuhkan terhadap masalah jenayah.
Daripada jumlah tersebut, seramai 36,669 orang (kekuatan sebenar) adalah perjawatan dalam Jabatan Pengurusan yang kebanyakan boleh dijawatkan oleh pegawai awam dan bukan polis yang terlatih dalam kepolisan secara menyeluruh.
Kebanyakan kekuatan Jabatan Logistik sebanyak 10,788 juga boleh diawamkan atau disalurkan keluar.
Jabatan Siasatan Jenayah, yang seharusnya jabatan yang terpenting dalam usaha kita untuk mencegah jenayah, menpunyai kekuatan hanya 8,449.
Akan tetapi, Cawangan Khas, salah satu institusi penting semasa PDRM menghadapi cabaran komunis, masih mempunyai perjawatan 7,643 orang, yang hampir sama dengan Jabatan Siasatan Jenayah.
Saya difahamkan bahawa Pasukan Gerakan Am (PGA), yang dulunya Field Force atau Jungle Troop, cabang penting PDRM yang lain selain daripada Cawangan Khas, semasa perang terhadap komunis, tidak harus dikekalkan lagi. Kekuatannya haruslah disalurkan kepada tugas-tugas utama polis, iaitu pencegahan jenayah.
Penstrukturan semula PDRM diperlukan kerana struktur sedia ada telah hilang kegunaannya selepas Persejutuan Damai diantara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia pada tahun 1989.
KDN dan PDRM mestilah mengambil iktibar dari Laporan Suruhanrajaya Diraja 2005 dan melaksanakan pembahuran atau reformasi polis yang telah lama ketinggal masa.
Liew Chin Tong
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.