
Kos kajian “Impact of Foreign Workers on the Malaysian Economy” sebanyak RM1.16 juta
- 16 April 2010
- Uncategorized
SOALAN:
YB TUAN LIEW CHIN TONG [BUKIT BENDERA] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos kajian Majlis Tindakan Ekonomi Kebangsaan (NEAC) “Impact of Foreign Workers in the Malaysian Economy” dibentangkan 29 September 2004 dan adakah cadangan-cadangan terkandung dalamnya ditimbangkan sama sekali dan apa dasar baru yang telah dilaksanakan berdasarkan laporan kajian tersebut.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, kos kajian “Impact of Foreign Workers on the Malaysian Economy” adalah sebanyak RM1.16 juta.
Cadangan-cadangan yang terkandung di dalam kajian tersebut telah dibentangkan dan ditimbangkan dalam Mesyuarat Exco MTEN 27 Julai 2004. Seterusnya, Nota Kabinet mengenai kajian ini, yang mengandungi cadangan penambahbaikan dalam kajian tersebut telah dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Julai 2004.
Dasar baru yang telah dilaksanakan berdasarkan laporan kajian “Impact of Foreign Workers in the Malaysian Economy” adalah sepert berikut:
a) KDN mewujudkan pasukan petugas untuk meneliti semula dasar dan prosedur pengambilan pekerja asing secara kesesluruhan.
b) Ditubuhkan Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre) untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing. OSC dianggotai oleh MITI, KSM, KPPK dan CIDB.
c) Jawatankuasa baru ditubuhkan untuk memantau prosedur permohonan baru dan dianggotai oleh MITI, KSM, KPPK, KPIAT, KKR dan dipengerusikan oleh KDN. Jawatankuasa ini akan bertindak sebagai Jawatankuasa Kerja kepada JKKPA.
d) Job Clearing System (JCS) menjadi satu syarat memastikan semua pekerjaan ditawarkan keada rakyat tempatan terlebih dahulu. Majikan dinasihatkan supaya memohon JCS lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan untuk mendapatkan pekerja asing.
e) KSM telah memperkenalkan Buku Panduan, Dasar dan Prosedur & Syarat-syarat Penggajian Pekerja Asing di Malaysia dan diedarkan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing dan seterusnya memastikan proses pengambilan pekerja asing menjadi lebih teratur dan berkesan.
f) Mulai 1 April 2009, majikan akan menanggung bayaran levi (bertujuan mengurangkan kebergantungan industri terhadap pekerja asing).
g) Selain daripada itu, bagi memperkukuhkan lagi sistem pengurusan pekerja asing negara beberapa MoU telah ditandatangani antaranya adalah:
a. MoU Malaysia-Indonesia (PRA) 13 Mei 2006
b. MoU Malaysia -India 3 Januari 2009
Walaupun cadangan-cadangan dalam kajian tersebut telah pun dilaksanakan, perlu ditegaskan bahawa Kerajaan adalah perihatin dan memantau perkembangan asing di negara.
Share this article
Related Articles


- 22 Sep 2023·
Harmonising ESG practices

- 16 Sep 2023·
𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗽𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲 𝗼𝗳 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.