
SOALAN BUKIT BENDERA Mesyuarat Pertama Penggal ketiga, Parlimen Kedua Belas persidangan parlimen sesi Jun 2010
- 23 May 2010
- Uncategorized
SOALAN-SOALAN LISAN
1. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan anggaran kos terperinci pembinaan kereta, R&D, pembelian Hak Cipta Kereta Perisai Pars dari FNSS, pembinaan fasiliti DEFTECH dan ujian untuk projek perolehan 257 buah AV-8 dari DEFTECH dan mengemukakan kertas putih supaya rakyat memahami rasional dan objektif project ini; dan juga memperjelaskan kenapa projek ini dijalankan dengan cara rundingan terus dan bukan tender terbuka.
2. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pembayaran kos dalam pecahan tahunan dari mula ke akhir projek, latihan krew, pembangunan fasility sokongan pangkalan untuk projek perolehan A400M dan kesan negatif lewatan ujian dan penyerahan pesawat ini
3. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan konsep dan rancangan Future Fleet yang dicadang oleh TLDM secara terperinci termasuk ia akan merangkumi berapa kelas dan buah kapal-kapal perang? Roadmap dan anggaran peruntukan diperlukan untuk mencapai rancangan ini? Dan, tahap operasional kapal TLDM terkini.
4. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan tujuan mengutip Kos Pentadbiran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kenapa pengurangan kadar 3% kepada 1% setahun tidak dilaksanakan selepas diumumkan lebih dua tahun dahulu.
5. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penerima Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut kategori pendapatan keluarga, kaum dan jantina, pada tahun 2001 sampai 2010. Adakah JPA bercadang untuk membuat pengumuman kelayakan dan sebab-sebab pengambilan calon biasiswa JPA secara terbuka?
6. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyatakan tahap kerja telah disiapkan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dan kenapa jumlah kos pembinaan telah dinaikan ke RM 4.5 billion, dan adalah jumlah ini mengandungi kos membina casting yard?
7. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar tol yang ditetapkan untuk Jabatan Kedua Pulau Pinang selepas ia dibina dan adakah kadar tol Jabatan Pulau Pinang yang sedia ada akan dikiatkan dengan Jambatan Kedua ataupun kadar tol tidak akan dikenakan selepas konsesi Jabatan pertama berakhir.
8. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyatakan tujuan pembinaan Tugu Alaf Baru Putrajaya dan Astaka Morocco, kos pembinaan and penyelengaran tahunannya sejak dibina, dan adakah ia masih beroperasi.
9. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tenaga Pasukan Gerakan Am dan tugas-tugas mereka, dan adakah Menteri bersetuju bahawa fungsi-fungsi asal PGA telah tidak relevan dan adakah Kerajaan bersedia menamatkan pasukan ini dan menyerapkannya ke pasukan-pasukan lain untuk menbanteras jenayah.
10. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI dan KEBUDAYAAN menyatakan tujuan Hal Ehwal Khas (JASA), berapa pegawai tetap dan pegawai ataupun pekerja berkontrak, dan adakah pegawai JASA dilantik oleh parti-parti Kerajaan.
SOALAN-SOALAN BUKAN LISAN
1. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyenaraikan jumlah pelajar yang menuntut pengajian ijazah saujana muda di luar negeri yang ditajai oleh kerajaan Malaysia ataupun GLC dalam apa-apa bentuk seperti biasiswa pada tahun 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, dan jumlah kos untuk membiayai program-program tersebut.
2. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta PERDANA MENTERI menyenaraikan nama dan alamat semua Rukun Tetangga yang telah ditubuhkan sejak program ini dilancar dan menyatakan yang mana masih beraktif dan kos kepada Kerajaan.
3. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyenaraikan semua institusi pengajian tinggi swasta, tenaga pensyarah bertaraf saujana dan PhD, dan jumlah pelajar.
4. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah cukai terus dan tidak terus yang dikutip dari negeri Pulau Pinang pada 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009.
5. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kenderaan berdaftar tiap-tiap tahun sejak Merdeka pada 1957.
USUL
“Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM 100 juta oleh MINDEF, mesti dibawa ke parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara.”
Share this article
Related Articles


- 22 Sep 2023·
Harmonising ESG practices

- 16 Sep 2023·
𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗽𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲 𝗼𝗳 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.