Kos Jambatan Kedua – Jawapan Parlimen Perdana Menteri Tidak Benar

Kos Jambatan Kedua – Jawapan Parlimen Perdana Menteri Tidak Benar

Adalah dikesali bahawa jawapan Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada saya berkenaan kos pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak benar.

Saya telah meminta Perdana Menteri menyatakan sebab jumlah kos pembinaan telah dinaikkan kepada RM 4.5 bilion dan adakah jumlah ini termasuk kos membina “casting yard”.

Perdana Menteri menjawab bahawa “kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4,500 juta. Kos tersebut juga termasuk kos membina ‘ casting yard’ oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad.”

Maklumat ini tidak benar kerana kos yang disebutkan selama ini dalam media massa dan juga di kalangan Kerajaan adalah RM4.3 billion dan kos pembinaan “casting yard” tidak patut dimasuk ke dalam kos keseluruhan.

Isu kos pembinaan amat penting memandangkan pengguna jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang terpaksa menanggung kos ini dengan kadar tol yang tinggi. Contohnya, menurut Perdana Menteri, kadar tol untuk kereta peribadi yang menggunakan Jambatan Pertama dan Kedua akan diselaraskan kepada RM9.40 dalam masa tiga tahun lagi berbanding kadar selarang iaitu RM7, selepas pembinaan Jambatan Kedua.

Dalam Ucapan Penangguhan Dewan Rakyat pada 17 Jun 2009, saya merujuk kepada satu laporan bertajuk “Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review” oleh firma perunding Zaidun-Leeng S/B yang mencadangkan bahawa harga yang wajar atau “fair price” untuk Jambatan Kedua adalah RM 4.3 bilion.

Laporan tersebut disediakan pada bulan Julai 2008 semasa harga minyak dan harga bahan bina sedunia memuncak ke tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini. Kos pembinaan sekarang seharusnya berkurangan.

Laporan firma perunding Zidun-Leeng juga menyoal kos UEM yang terlalu tinggi. Kos UEM yang tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat. Contohnya, UEM mencadangkan untuk membiayai RM20 juta untuk majlis keraian atau “ceremonial functions.” Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukanRM 20 juta?

UEM juga meminta “HQ overhead and support” sebanyak RM63.51 juta yang agak terlampau. Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi.

Tiba masanya Kerajaan Pusat mengkaji semula syarat-syarat yang tidak munasabah yang akan membebankan rakyat Pulau Pinang. Saya menyeru Perdana Menteri supaya memberi jawapan yang ikhlas dan benar, dan bukan cuba menyembunyikan fakta serta kebenaran.

Liew Chin Tong

Lampiran:
Ucapan Penangguhan Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong pada 17 Jun 2009 (Rabu)

Jambatan Kedua Pulau Pinang
Saya meminta Perdana Menteri untuk menjawab bahawa adakah Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menjadi “kebajikan korporat” untuk syarikat UEM.

Saya diberitahu bahawa EPU telah mengarahkan penulisan satu laporan bertajuk “Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review” oleh Firma Perunding Zaidun-Leeng S/B pada bulan Julai 2008.

Sebenarnya, pada bulan November tahun lepas, telah dilaporkan dalam media massa bahawa Tan Sri Zaini Omar, CEO syarikat Jambatan Kedua Sdr Bhd, telah jangka perundingan dengan UEM berkanaan kos pembinaan “akan disiapkan dalam seminggu.”

Tan Sri Zaini pun telah diganti oleh Prof Dr. Ismail Mohd Taib sebagai CEO JKSB tersebut pada 1hb Mei.

Tempoh tersebut telah berlalu namun perundingan di antara kerajaan dengan UEM itu belum lagi selesai. Saya meminta Perdana Menteri mengambil berat terhadap isu ini dan menyelesaikan perundingan tersebut sebelum Tan Sri Zaini bersara awal bulan depan.

Kita harus memahami satu lagi konsep asas ekonomi iaitu, “there is no such thing as free lunch.” Memang sentiasa ada orang yang kena membiayai permintaan UEM.

Setiap tambahan kos disebabkan permintaan UEM akan ditanggung oleh rakyat Malaysia di Pulau Pinang yang terpaksa membayar tol bergenerasi masa depan.

Saya bersyukur kerana Kerajaan Pusat telah menerima seranan Kerajaan Pulau Pinang dengan baik untuk membuka tender untuk pengurusan tol. Adalah dijangka bahawa pengguna jambatan akan berupaya untuk menjimat RM 18 billion dalam 45 tahun.

Saya berasa agak risau UEM masih akan memperolehi kontrak yang bernilai lampau.

Laporan EPU yang disebut atas yang disediakan pada bulan Julai 2008 semasa kos bahan-bahan pembinaan antarabangsa tercecat rekod telah mencadang bahawa RM4.3 billion adalah harga berpatutan ataupun “fair price”. Sebenarnya, harga tersebut boleh direndahkan lagi disebabkan kos pembinaan telah jatuh.

Walau bagaimanapun, jika kita menerima harga RM4.3 billion sebagai “fair price” yang dicadangkan oleh Firma Perunding Zaidun-Leeng Bhd, maka UEM haruslah menerima harga RM2.1 billion sebagai jumlah kos keseluruhan dan tidak harus dibenarkan untuk mencadang harga yang melampau.

Kos UEM yang terlalu tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat. Contohnya, UEM mencadang membiayai RM20 juta untuk majlis keraian atau “ceremonial functions.” Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukanRM 20 juta?

UEM juga meminta “HQ overhead and support” sebanyak RM63.51 juta yang agak terlampau. Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi.

Bagi pihak rakyat Malaysia di Pulau Pinang bukan saja generasi ini tetapi juga generasi akan datang, saya meminta Perdana Menteri untuk menghentikan “kebajikan korporat” kepada GLC yang tidak bertanggungjawab seperti UEM.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More