
Pertanyaan untuk jawab lisan dan bertulis untuk sesi mesyuarat Parlimen Oktober-Disember 2010
- 21 September 2010
- Uncategorized
Soalan-soalan Lisan
1. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan anggota polis yang terkorban dan tercedera dalam operasi dari 2000 ke 2010:
a) Akibat penembakan dan serangan penjenayah;
b) Purata dan ratio kecederaan anggota polis dalam operasi;
c) Purata kes anggota polis bertemu dengan penjenayah bersenjata pistol, rifle atau pisau, dan purata kes anggota polis lepas tembakan.
2. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Pertahanan menyatakan senarai perolehan kelengkapan yang dibawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dalam pecahan jenis, fungsi, bilangan dan peruntukan perolehan setiap jenis kelengkapan.
3. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyatakan Kerajaan negeri yang mana telah menerima tawaran pengurusan sisa pepejal di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 oleh syarikat konsesi dan Kerajaan Negeri yang mana menunjukkan minat untuk mengurus hal-elwal sisa pepejal oleh kerajaan sendiri.
4. Tuan Liew Chin Tong minta Menteri Pelajaran untuk menyatakan keputusan kerajaan samada mengekalkan Ujian Pelajaran Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau tidak, dan sebabnya.
5. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Perdana Menteri untuk menyatakan apakah rancangan kerajaan dalam memperkasakan daya saing ekonomi Malaysia, memandangkan Malaysia telah menurun dari tempat ke-24 ke tempat ke-26 dalam tinjauan Global Competitiveness Ranking yang dibuat World Economic Forum.
6. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Pengajian Tinggi untuk menyatakan apakah rancangan kerajaan untuk memperkuatkan daya keupayaan Institut Pendidikan Tinggi Awam, memandangkan Universiti Malaya telah turun mendadak dari tempat 180 ke tempat 207 dalam 2010 QS World University Rankings.
7. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menyatakan usaha-usaha yang telah dibuat untuk mempromosikan kemajmukan masyarakat Malaysia dari segi pemilikan dan persaingan dalam Industri Radio dan Television? Apakah kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam pemberian lesen untuk operasi radio dan television?
8. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengliberalisasikan perniagaan “last mile” broadband daripada monopoli TM?
9. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Perdana Menteri menyenaraikan nama anggota, ahli exco dan ahli ex-officio, fungsi, peruntukan, dan kuasa Majlis Economi Negara (National Economic Council).
10. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan kakitangan kontrak dan tetap, peruntukan tetap, peruntukan kunjungan luar negeri dan kemudahan lain yang diperuntukan untuk Isteri Perdana Menteri dari 2000 ke 2010.
Soalan-soalan Bukan Lisan
1. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyatakan bilangan orang papa mengikut pecahan negeri, jumlah orang papa yang ditahan oleh pegawai kebajikan dari 2000 ke 2010 di bawah Akta Orang Papa 1977 dan bilangan orang papa yang disabit kesalahan jenayah dari 2000 ke 2010.
2. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan baju kalis peluru yang diperlukan untuk anggota PDRM:
a) Bilangan yang diperlukan dan kekurangan baju tersebut;
b) Kos keseluruhan perolehan dan pelan pelaksanaan perolehan;
c) Jenis, bilangan dan syarat anggota-anggota yang dapat pakai baju.
3. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Kesihatan menyatakan pecahan perbelanjaan kesihatan kepada yang ditanggung oleh kerajaan dan oleh insurans swasta serta individu, dan menyatakan pecahan a) pesakit dalam hospital b) pesakit luar yang dirawat oleh hospital kerajaan dan hospital swasta?
4. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menyatakan jumlah spektrum penggunaan servis penyiaran di Malaysia yang belum diperuntukkan dan pecahan pemilikan lesen radio dan television (terrestrial dan satelit) oleh agensi kerajaan persekutuan, agensi kerajaan negeri, badan swasta, badan perniagaan dan non-profit organizations masing-masing?
5. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Perdana Menteri menyenaraikan semua Jawatankuasa-jawatankuasa Jemaah Menteri (Cabinet Committee) yang sedia ada dengan senarai penuh anggota-anggota mereka dan syarat-syarat ia nya ditubuh.
Usul
“Bahawa dewan ini menyokong cadangan menetapkansebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara.”
Share this article
Related Articles


- 7 Nov 2023·
Thinking Strategically for Malaysia’s Semiconductor Industry

- 6 Nov 2023·
Bringing Malaysians back to the cities
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.