Pertanyaan yang ditolak kerana “rahsia”

Saya terkejut apabila satu soalan yang saya kemukakan untuk Dewan Rakyat telah ditolak dengan alasan “rahsia”. Bagi saya soalan itu adalah bersifat am dan penting untuk menunjukkan kepada rakyat bagaimana Kerajaan membelanjakan wang secara telus.

Saya dimaklumkan oleh Datuk Roosme Binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, dalam sepucuk surat bertarikh 8hb Oktober 2010, bahawa soalan saya kepada Menteri Pertahanan telah ditolak.

Soalan saya adalah berikut:

“Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan senarai perolehan kelengkapan di bawah RMK-10 dalam pecahan jenis, fungsi, bilangan dan peruntukan perolehan setiap jenis kelengkapan.”
Soalan tersebut ditolak kerana disifatkan perkara rahsia. Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 23 (1) (f) yang digunakan untuk menghalang soalan saya berbunyi seperti berikut:

“sesuatu pertanyaan itu tidak boleh meminta keterangan berkenaan dengan apa-apa perkara rahsia.”

Adalah dikesali bahawa pihak Kementerian Pertahanan telah menolak sikap pentadbiran yang berketerbukaan dan juga dikesali pihak Parlimen tidak mengenaskan keperluaan soalan seperti ini dijawab oleh Kementerian.
Soalan yang dikemukakan tidak melibatkan kerahsiaan negara tetapi soalan yang akan memastikan ketelusan pentadbiran bidang pertahanan.

Di demokrasi yang lain, bidang pertahanan biasanya dikawal selia oleh jawatankuasa parlimen tetap yang dianggotai oleh ahli-ahli parlimen dari pelbagai parti supaya isu-isu pertahanan dikendalikan dengan sikap ketelusan dan bi-partisan.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Pertahanan Pakatan Rakyat, adalah misi saya dan rakan-rakan di kalangan pembangkang untuk memperjuangkan ketelusan pentadbiran terutamanya dalam pembelian dan perolehan pertahanan.

Jika amalan “rahsia” ini diteruskan untuk menutup mulut Ahli-Ahli Parlimen, sampai bila-bila pun rakyat akan berada dalam kegelapan tanpa mengetahui bagaimana Kerajaan mampu dan boleh mempertahankan negara yang kita cintai ini.

Liew Chin Tong

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More