Pakatan Rakyat Pulau Pinang bela nasib Melayu

DAP kesal dengan fitnah UMNO yang mendakwa Melayu Pulau Pinang berada dalam keadaan krtitikal. Dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga bersifat perkauman – taktik politik yang biasa diamalkan oleh kebanyakan para pemimpin UMNO.

Pembohongan yang dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini hanya propaganda UMNO yang gila kuasa dengan angan-angan mahu mengambil jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Seolah-olah apabila UMNO dapat menguasai Pulau Pinang dan wakilnya menjadi Ketua Menteri, semua masalah orang Melayu akan selesai.

Jika itu benar, mengapa masih ramai orang Melayu di negeri-negeri lain masih hidup miskin walaupun telah lama berada di bawah pentadbiran UMNO? UMNO hanya nampak kuman di seberang laut tetapi pura-pura tidak melihat gajah di depan mata.

Suara-suara kutukan daripada perwakilan dan pemimpin UMNO sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini jelas bohong dan cuba menggambarkan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak peduli dengan masalah orang Melayu dan Islam.

Rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik UMNO. Apabila UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional yang dipimpin oleh Gerakan di Pulau Pinang sebelum Mac 2008, tidak banyak projek pembangunan dan usaha murni dilakukan oleh mereka untuk membantu Melayu Pulau Pinang.

Sekarang UMNO menyerang dan mengutuk Lim Guan Eng dan para pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang ikhlas dalam usaha gigih untuk membantu orang Melayu serta kaum-kaum lain yang memerlukan bantuan kerana iri hati dengan kejayaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetap komited untuk memastikan keadilan dan bantuan disalurkan kepada anak negeri yang benar-benar memerlukannya. Sejak peralihan kuasa 2008 telah banyak usaha dilaksanakan dan banyak lagi akan diteruskan demi kebaikan, kemakmuran dan keadilan rakyat negeri Pulau Pinang.

Antara usaha-usaha murni ini adalah:

•Pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz;

•Menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini;

•Memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang;

•Pemberian wang sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pengebumian kepada waris yang diamanahkan oleh mana-mana warga emas untuk menguruskan jenazah mereka, juga sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN;

•Menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh yang setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan;

• Pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%;

•Menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan;

•Mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender; dan

•Menjadi negeri pertama di dalam sejarah Malaysia yang mendapat pengiktirafan Transparency International, sebuah badan unggul di dunia yang membanteras rasuah dengan mengamalkan prinsip urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) berteraskan pemimpin berintegriti.

Liew Chin Tong

Share this article
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Articles

Rental Housing

This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
Read More