Soalan & Jawapan Parlimen: Majlis Ekonomi Negara

27 Oktober 2010

Soalan 38 – Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) minta Perdana Menteri menyatakan nama anggota, ahli exco dan ahli ex-officio, fungsi, peruntukan dan kuasa Majlis Ekonomi Negara (National Economic Council)

Jawapan:
Majlis Ekonomi telah ditubuhkan oleh Kerajaan pada Ogos 2008 untuk menangani kesan ketidakstabilan ekonomi dunia ke atas ekonomi Negara berikutan krisis perbankan yang berpunca daripada krisis spekulasi perumahan yang berlebihan di Amerika Syarikat.

Fungsi Majlis Ekonomi adalah bertindak sebgai badan penasihat kepada Kerajaan untuk menangani kesan daripada pengucupan ekonomi global ke atas ekonomi Negara dan memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi tempatan. Matlamat Majlis Ekonomi adalah seperti berikut:

Mengawasi dan menganalisis trend dan perkembangan ekonomi global dan domestik dan merangka tindakan-tindakan spesifik untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi;

Merumus strategi kea rah mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan luar dan dalam negera;

Mengenalpasti cara-cara membendung inflasi dan merangka strategi yang berkesan untuk menghadapi kenaikan harga minyak, komoditi dan harga makanan di peringkat global;

Mengkaji dan menyusun semula rangka kawalan harga dan subsidi untuk mengurangkan beban kepada ekonomi;

Merumus satu jaringan keselamatan social yang komprehensif bagi mengurangkan kesan inflasi dan kelembapan ekonomi ke atas kumpulan yang berpendapatan rendah dan sederhana;

Memantau pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Ekonomi untuk memastikan kesan-kesan yang diharapkan tercapai;

Mempelori usaha-usaha meningkatkan sumber pertumbuhan ekonomi baru, menggalakkan pelaburan swasta termasuk pelaburan asing dan domestik serta mempercepatkan pekaksanaan projek sektor awam yang strategic.

Struktur Majlis Ekonomi dibentuk untuk membolehkannya berfungsi secara cekap dan keputusan-keputusannya dilaksanakan dengan cepat, cekap dan efisyen. Majlis Ekonomi adalah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, dianggotai oleh menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.

Nama anggota Majlis Ekonomi sekarang adalah seperti berikut:

YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak – Pengerusi & Perdana Menteri

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin-Timbalan Perdana Menteri

YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop-Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed-Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah-Menteri Kewangan II

YB Dato’ Sri Idris Jala-Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Anggota Ex-Officio adalah seperti berikut:
Tan Sri Mohd Sidek Hassan-Ketua Setiausaha Negara

Tan Sri Amirsham A. Aziz-Pengerusi, Majlis Penasihat Ekonomi Negara

Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Abdullah-Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Tan Sri Dato’ Dr. Zeti Akhtar Aziz-Gabernor, Bank Negara Malaysia

Dato’ Noriyah Ahmad-Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi

Dato’ Dr. K. Govindan-Ketua Urusetia Majlis Ekonomi

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles