Kabinet UMNO dalam Kabinet Malaysia

Lima bulan selepas kehilangan lima negeri dalam pilihan raya umum 2008, kerajaan pusat Barisan Nasional telah menubuhkan Majlis Ekonomi Negara.

Menurut jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan saya di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2010, Majlis Ekonomi mempunyai fungsi “sebgai badan penasihat kepada kerajaan untuk menangani kesan daripada pengucupan ekonomi global ke atas ekonomi Negara dan memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi tempatan”.

Datuk Seri Najib Razak dalam jawapannya turut menjelaskan bahawa “struktur Majlis Ekonomi dibentuk untuk membolehkannya berfungsi secara cekap dan keputusan-keputusannya dilaksanakan dengan cepat, cekap dan efisyen. Majlis Ekonomi adalah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, dianggotai oleh menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan”.

Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan, dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Takcop, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Anggota-anggota ex-officio (biasanya dengan hak dan kuasa yang terhad) adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara Tan Sri Amirsham Aziz, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Abdullah, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Datuk Noriyah Ahmad, dan Ketua Urusetia Majlis Ekonomi, Datuk Dr K. Govindan.

Keanggotaan Majlis Ekonomi tidak menggambarkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak diwakili secara adil oleh semua masyarakat dan kaum yang terlibat dalam aktiviti ekonomi, perdagangan dan industri negara. Kecuali Senator Idris dari Sarawak, semua anggota utama adalah dari satu parti sahaja iaitu UMNO.

Dalam keadaan ini, Majlis Ekonomi boleh dilihat sebagai Kabinet UMNO dalam Kabinet Malaysia. Bayangkan keadaan di mana Majlis Ekonomi boleh membuat keputusan tanpa sebarang sumbangan atau input dari anggota Kabinet Malaysia yang datangnya dari pelbagai kaum dan mewakili pelbagai parti.

Apakah ini bererti Majlis Ekonomi boleh membelakangkan keputusan Kabinet Malaysia?

Apakah ini bererti Kabinet Malaysia hanya akan menjadi “rubber stamp” kepada semua keputusan Majlis Ekonomi?

Apa ertinya Model Ekonomi Baru dan Program Transformasi Ekonomi yang dilaung-laungkan sebagai usaha kerajaan untuk mengambil kira kepentingan semua kaum jika Majlis Ekonomi hanya dianggotai oleh pemimpin-pemimpin UMNO?

Rakyat Malaysia bimbang Majlis Ekonomi hanya menjadi alat UMNO dan kemungkinan besar keputusan-keputusan penting bagi ekonomi, perdagangan dan industri negara dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO sahaja, dan bukannya Kabinet Malaysia.

Dengan ini, saya meminta supaya Perdana Menteri merombak keanggotaan Majlis Ekonomi untuk membolehkannya menjadi lebih adil dan mewakili kepentingan semua kaum dan masyarakat.

Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi juga perlu menjelaskan kepada Parlimen tentang rancangan, usaha dan kejayaan-kejayaan, jika ada, yang telah dicapai oleh majlis ini tanpa perlu menyembunyikan apa-apa fakta daripada pengetahuan rakyat.

Liew Chin Tong

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More