Membina Negeri-Negeri Pakatan

TIGA tema yang jelas berbangkit dalam Sidang Kemuncak Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat: suatu bentuk pemencaran kuasa atau decentralisation adalah perlu untuk Malaysia bergerak maju; ada ruang untuk usahasama di kalangan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam menghadapi “penentangan” Kerajaan Pusat; dan bagi negeri-negeri Pakatan melonjak lebih jauh, perlu ada usaha melepasi sempadan negara untuk menjalin hubungan dengan jiran serantau.

Pada 29 November 2010, Menteri-menteri Besar, Ketua Menteri dan pegawai-pegawai dari kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor (dan Perak) telah bermesyuarat di Shah Alam untuk mencari jalan merapatkan hubungan. Mesyuarat pertama seumpamanya telah diadakan di Alor Setar pada Januari 2009. Mulai sekarang, telah diputuskan bahawa Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri akan bermesyuarat setiap suku tahun manakala para pegawai akan bertemu lebih kerap lagi.

Mencari jalan untuk memintas kongkongan Kerajaan Pusat terhadap negeri-negeri Pakatan adalah tema utama.

Pemencaran kuasa atau decentralisation adalah fenomena sejagat kerana sudah disedari bahawa peracangan pusat telah banyak menyekat agensi tempatan dalam usaha membangunkan ekonomi dan meningkatkan mutu hidup. Sementara negara-negara seperti Indonesia telah “membina kapal ketika ia sedang belayar” melalui proses pemencaran kuasanya, Malaysia masih lagi dikongkong penguasaan pusat walau pun dalam kerangka persekutuan atau federalisme. Hak mutlak negeri-negeri adalah dalam soal tanah dan sumber, kerajaan tempatan dan agama. Walau pu mempunyai hak-hak terhad ini, sentiasa ada usaha-usaha untuk mengambil alih kuasa negeri untuk diserahkan kepada pusat, terutamanya pengairan dan saliran, sisa pembuangan pejal dan air.

Walau pun mempunyai cirri-ciri persekutuan, kuasa Kerajaan Pusat Malaysia adalah jauh lebih besar daripada negara-negara yang mengambilkan sistem pemerintahan pusat. Kerajaan-kerajaan tempatan di negara komunis Vietnam dan China mempunyai lebih kuasa berbanding kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia. Contohnya, Bajet pusat Malaysia bagi tahun 2011 adalah RM214 bilion sedangkan Bajet setiap negeri di negara ini tidak lebih 10% daripada angka pusat. Bajet bagi Pulau Pinang untuk 2011 adalah RM897 juta manakala Selangor RM1.43 bilion. Negeri-negeri biasanya menerima kurang dari 5% hasil cukai pusat yang dikutip dari negeri-negeri berkenaan, biasanya disalurkan dalam bentuk pemberian pembangunan pusat. Tidak ada projek pembangunan infrastruktur yang besar boleh dilaksanakan tanpa sumbangan pusat.

Lagi pula, Kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mempunyai suara utama dalam perlantikan pegawai-pegawai awam di Selangor dan Pulau Pinang manakala kerajaan-kerajaan negeri Pakatan yang mana kedududkan mereka sebelum Merdeka dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menghadapi masalah lain pula dalam soal perkhidmatan awam.

Sebenarnya, Model Ekonomi Baru (MEB) Bahagian I dengan jelas mencadangkan pemencaran kuasa atau decentralisation tetapi entah bagaimana, ia hilang begitu sahaja apabila laporan lengkap MEB dilancarkan baru-baru ini. Program Transformasi Ekonomi (PTE atau dalam singkatan Inggeris ETP) dan dokumen-dokumen perancangan pusat yang lain hanya sekadar sambil lalu sahaja menyentuh tentang peranan kerajaan negeri, seolah-olah ia tidak penting sama sekali.

Apabila terdesak dan tertekan, manusia sering menjadi lebih pintar mencari jalan keluar. Dalam keadaan di mana Kerajaan Pusat tidak menunjukkan minat untuk menjayakan sistem persekutuan, kerjasama dan usahasama antara negeri-negeri Pakatan menjadi satu kewajipan. Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan telah menyedari betapa perlunya mereka bekerjasama dalam bidang-bidang khusus seperti air, pelancongan, pelaburan dan kerajaan tempatan.

Pengurusan air di Pulau Pinang adalah yang terbaik di Malaysia dan akademi Perbadanan Bekalan Air di Pulau Pinang melatih juruteknik dari pelbagai negeri di Malaysia serta pihak berkuasa air dari Indonesia. Sudah tentu ia mampu menawarkan sesuatu kepada negeri-negeri lain. Selayaknya, Kedah dan Pulau Pinang membentuk usahasama dalam bidang pelancongan, khususnya di antara Pulau Pinang dan Langkawi, manakala pelbagai lapisan pembangunan di negeri-negeri ini dapat menarik pelaburan yang tidak semestinya menjadi persaingan. Ada banyak ruang untuk usahasama yang saling bantu-membantu.

Perlu disebutkan juga bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah memperuntukkan RM10 juta sebagai modal permulaan untuk mewujudkan tabung pelaburan bagi negeri-negeri Pakatan. Datuk Husam Musa dari Kelantan pula telah mencadangkan kemungkinan mewujudkan laluan keretapi antara negeri untuk menyambungkan Kelantan dengan Pulau Pinang.

Kerajaan tempatan dan urus tadbir tempatan adalah satu lagi bidang penting di mana pendirian bersama atau sekurang-kurangnya satu bentuk persefahaman perlu ada di kalangan negeri-negeri Pakatan Rakyat. Dalam menghadapi proses pemusatan – memgambil alih kuasa negeri – terutamanya dalam soal pengurusan sisa pejal, negeri-negeri Pakatan perlu kepada satu pendirian yang tersusun.

Memperbaiki demokrasi tempatan dan urus tadbir baik adalah satu lagi matlamat yang dikongsi bersama.

Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya mengharungi “serangan” pusat selama dua dekad kerana, sedikit-sebanyak, ia mempunyai jentera komunikasi khusus yang hebat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat negeri. Negeri-negeri Pakatan lain boleh mempelajari hasil kejayaan Kelantan.

Menjangkau sempadan negara, kerajsama serantau adalah satu lagi tema penting. Semua negeri Pakatan sedar bahawa jawapan kepada kongkongan pusat adalah menjalin hubungan yang lebih kukuh dengan pasaran serantau. Usaha Kelantan menarik pelaburan dari China telah menghasilkan keputusan yang membanggakan. Pulau Pinang, Kedah dan Selangor juga sedar dengan peluang-peluang pelaburan dari Indonesia, India dan China.

Lebih lanjut lagi, isu-isu seperti bandar-bandar mampan dan selesa hidup serta reformasi perkhidmatan awam, pada Pandangan Chin Tong, memerlukan perhatian yang lebih mendalam.
Apa pun, ini adalah Sidang Kemuncak yang membawa kepada arah baru pertumbuhan di Malaysia yang berasaskan kepada pemencaran kuasa. Usahasama antara negeri dan jalinan hubungan serantau yang lebih kukuh.

Rencana dalam versi Inggeris ini telah diterbit di The Edge Financial Daily, Dec 16 2010.

Share this article
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Articles

Rental Housing

This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
Read More