
Gaji Minimum haruslah diwajibkan di GLC
- 11 March 2011
- Uncategorized
Respon Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Liew Chin Tong kepada jawapan Parlimen daripada Kementerian Sumber Manusia, 10 Mac 2011
Saya ingin mengalu-alukan pengesahan Kementerian Sumber Manusia bahawa undang-undang mengenai gaji minimum akan digubal di Parlimen pada sesi siding bulan Jun/Julai tahun ini.
Buat waktu ini, Malaysia tidak mempunyai Akta yang mewajibkan implementasi skim gaji minimum. Yang ada itu sesetengah sektor sahaja atau mengikut perundingan syarikat dengan kesatuan pekerja.
Sehubungan itu, saya juga ingin menyeru Kerajaan Malaysia supaya merangka satu garis gaji minimum yang rasional. Khususnya, pekerja sektor perladangan milikan syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies) menerima gaji serendah RM350 sebulan. Agak tidak adil dan termasuk akal untuk pekerja-pekerja tersebut untuk menerima gaji serendah ini, yang sepastinya tidak mencukupi bagi biayaan sekeluarga memandangkan harga-harga barangan keperluan seharian yang semakin menaik.ย Ini juga bercanggah dengan janji-janji Kerajaan Barisan Nasional yang kononnya mendahulukan rakyat, memandangkan garis kemiskinan tegar sudahpun ada di tahap RM700 sebulan.
Saya ingin menegaskan bahawa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sememangnya mempunyai kewajiban dan ketanggungjawaban social untuk memastikan pekerja-pekerjanya mendapat gaji yang sepatutan.
Liew Chin Tong
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022ยท
Ending low pay

- 2 Jul 2022ยท
๐ง๐ต๐ฒ ๐๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐ฎ๐น ๐๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐: ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ผ๐ป
Join Us
Letโs build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.