TUAN LIEW CHIN TONG (BUKIT BENDERA) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pesalah yang disabit hukuman mati dari tahun 1957 sehingga kini mengikut tahun, kesalahan, umur dan jantina.
Dimaklumkan statistik Jabatan Penjara mulai tahun 1960 hingga kini menunjukkan seramai 441 banduan telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati serta telah dilaksanakan hukuman mati tersebut. Banduan berkenaan terlibat dengan pelbagai kesalahan iaitu 228 mengedar dadah, 78 membunuh, 130 kesalahan berkaitan senjatapi, 4 berperang dengan Yang Di- Pertuan Agong dan 1 menculik.
Manakala statistik Jabatan Penjara yang berakhir pada 22 Februari 2011 menunjukkan masih terdapat seramai 696 banduan hukuman mati yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah sedang ditahan di penjara. Hukuman mati terhadap mereka belum dilaksanakan lagi kerana masih dalam proses rayuan samada di mahkamah atau Jemaah Pengampunan Negeri. Mereka terdiri dari 676 lelaki serta 20 wanita yang kebanyakannya ( lebih 90% ) berumur di antara 21 hingga 50 tahun. Mereka telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dengan berbagai kesalahan iaitu 479 pengedaran dadah, 204 membunuh dan 13 senjatapi.
This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
I read with great amusement Transport Minister Datuk Seri Wee Ka Siong’s response to my earlier statement about traffic congestion. Wee in an interview with China Press on 30 May…
I am stunned that both current Prime Minister Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob and convicted former Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak are bringing back the idea of introducing the…