Keberkesanan, Kerasionalan & Kesan Negatif mengganti Pistol S&W

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan, kerasionalan dan kesan negatif mengganti pistol S&W M15 PDRM dengan semi-auto pistol yang lebih kuat dan lethal memandangkan negara China pun membuat keputusan untuk menukarkan semi-auto pistol polis ke revolver.

JAWAPAN daripada MENTERI DALAM NEGERI

Tuan Yang Dipetua

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera ‘yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, PDRM tidak memiliki senjata api jenis pistol S&W M15 seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera, sebaliknya PDRM hanya memiliki Revolver S&W .38 ‘Special pelbagai model yang berukuran 2 inci, 3 inci dan 4 inci, Rasionalnya penggantian dilaksanakan kerana sebahagian besar senjata api jenis Revolver S&W .38 ‘Special berada dalam keadaan usang dan pada keseluruhannya secara purata berumur 40 tahun.

Selain daripada itu, penggunaan Pistol Semi Auto dapat meningkatkan moral, keyakinan dan mengambil kira kscekapan pegawai dan anggota PDRM yang melibatkan tugas-tugas pencegahan jenayah.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More