DR. M, Utusan Dibidas Terap Pemikiran Rasis Rakyat

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mengutuk sikap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan akhbar Utusan Malaysia yang sengaja mencetuskan pemikiran rasis dikalangan rakyat dengan momokkan DAP bakal merampas kuasa pemerintahan dan menguasai negara.

“Ini tidak berlaku. Ia sengaja dimomokkan oleh UMNO dan media UMNO. Apa yang DAP tegakkan adalah hak untuk semua. Tidak kira Melayu, Cina atau India semau diberi hak yang sama rata, semua diberi peluang,” kata Chin Tong.

Beliau menambah, apa yang berlaku dibawah pemerintahan UMNO adalah rakyat dinafikan peluang pekerjaan yang lebih baik dengan kos kehidupan yang semakin membebankan.

Parti itu juga seringkali berdepan dengan dakwaan pemerintahan ala- ala kroni iaitu dengan meng’kaya’kan kroni mereka sekaligus menafikan hak mereka yang berkelayakan.

Awal minggu ini, Malaysia dikejutkan dengan pendedahan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin bahawa Perdana Menteri Najib Razak mengurniakan projek ’emel percuma 1Malaysia’ kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan salah seorang adiknya.

Bagaimanapun nama adik kepada Najib itu hanya akan diumumkan menerusi surat terbuka kepada Najib melalui laman blognya kelak.

Dalam pada itu, Chin Tong menegaskan kemenangan DAP menawan 12 daripada 15 kerusi DUN yang ditandinginya pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu, disebabkan sokongan yang tidak berbelah bahagi masyarakat pelbagai kaum dan bukannya disebabkan undi kaum Cina semata- mata.

Fenomena itu membuktikan DAP bukannya parti perkauman seperti yang didakwa Mahathir.

Chin Tong berkata dakwaan bekas presiden UMNO itu kononnya DAP tidak mewakili masyarakat pelbagai kaum jauh tersasar.

“DAP bukan sahaja menang dipeti undi pengundi Cina sahaja. Tetapi juga dipeti undi pengundi lain. Itu bermakna, DAP disokong bukan sahaja dikalangan kaum Cina, tapi juga kaum lain,” katanya.

Mahathir sebelum ini melabelkan DAP adalah sebuah parti politik perkauman malah perjuangan dan prinsipnya mahu menentang dan merampas hak yang diperuntukkan kepada kaum Melayu.

Chin Tong sebaliknya berkata bukan sahaja DAP malah PKR dan PAS akur pada perlembagaan persekutuan yang menjamin hak- hak istimewa kaum Melayu.

Beliau turut membidas Mahathir kerana mempersoalkan tindakan DAP bertanding atas nama parti itu sendiri dan bukannya dibawah logo Pakatan Rakyat.

“Minta dia pergi tanya kementerian dalam negeri, Pakatan Rakyat telah mengemukakan permohonan untuk menjadikan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan, pada Disember 2009.”

<a href=”http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5047&menu=&mid=”>TVSelangor.com</a>

Share this article
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Articles

Rental Housing

This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
Read More