Sempena 1 Syawal yang mulia ini, saya ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin, kepada umat Islam di Kawasan Parlimen. Marilah kita perkuatkan azam dan tekad untuk memperbaharui perpaduan serta bersama-sama menolak politik perkauman bagi membina sebuah negara yang penuh nilai-nilai murni seperti adil, muhibbah, amanah dan sejahtera.
Saya berharap semoga 1 Syawal 1432H akan membawa kegembiraan kepada semua sebagai tanda meraikan kejayaan menahan diri dari membuat perkara-perkara yang dilarang Islam termasuk makan dan minum di siang hari selama sebulan Ramadhan, yang saya anggap bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan tanpa taqwa yang tinggi.
Saya juga berharap sanak saudara dapat berkumpul di hari yang mulia ini untuk merapatkan silaturahim dan mempereratkan hubungan yang mungkin agak renggang ekoran komitmen masing-masing dalam kerjaya, hal-hal keluarga dan sebagainya.
Bagi masyarakat bukan Islam, Hari Raya adalah masa terbaik untuk mempereratkan hubungan dengan masyarakat Islam di negara ini dengan menghadiri majlis rumah terbuka selain berpeluang untuk mendalami budaya hidup masyarakat Melayu di negara ini.
Akhir kata, sekali lagi, saya bagi pihak seluruh warga kerja Parlimen Bukit Bendera ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua dan semoga kegembiraan dan kebahagian muncul dan sentiasa ada bersama-sama kita semua.
This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
I read with great amusement Transport Minister Datuk Seri Wee Ka Siong’s response to my earlier statement about traffic congestion. Wee in an interview with China Press on 30 May…
I am stunned that both current Prime Minister Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob and convicted former Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak are bringing back the idea of introducing the…