Mempergunakan sebaiknya kepakaran, ketrampilan dan bakat Ahli-ahli Parlimen

Kenyataan Media oleh Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada 9hb September 2011 di Petaling Jaya

Pada mesyuarat minggu ini, Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat telah memberi tumpuan kepada proses penyediaan Bajet itu sendiri.

Tumpuan pihak media dan masyarakat awam selama ini hanyalah kepada ucapan pembentangan Bajet Menteri Kewangan . Selepas hari-hari berikutnya kita disogok dan disibukkan dengan petikan demi petikan berbagai golongan berkepentingan yang memuji melambung, perhatian pihak media dan masyarakat awam kemudiannya akan dialihkan kepada perkara lain pula.

Perkara yang sering dilupakan adalah tujuan utama sang Menteri Kewangan memberi ucapan dan membentangkan Bajet cadangan tersebut, iaitu:

Bajet cadangan yang dibentangkan itu adalah untuk penilitian, pertimbangan dan kelulusan Parlimen.

Di dalam sesebuah sistem demokrasi berparlimen, ahli-ahli Parlimen adalah di pertanggungjawabkan untuk memberi pengisian dan pengawas-seliaan keatas perancangan pihak Eksekutif, iaitu kerajaan yang memerintah. Fungsi ini dianggap begitu penting hinggakan tidak kurang dari 18 hari bersidang iaitu hampir satu bulan kalendar bekerja diperuntukkan untuk perbahasan mengenai Bajet cadangan itu di peringkat Jawatankuasa.

Di peringkat Jawatankuasa ini, Bajet untuk setiap Kementerian sepatutnya akan dibincang dan dibahaskan secara terperinci. Namun begitu, pada masa ini perbahasan yang terperinci tersebut bagaikan mimpi indah sahaja di Malaysia.

• Di Parlimen-parlimen Dunia Pertama, terdapat jawatankuasa spesifik yang benar-benar mengawas-selia setiap kementerian. Jawatankuasa tersebut pula dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang;
• Di Malaysia, tidak wujud sebarang jawatankuasa seperti itu. Keseluruhan anggota Dewan Rakyat juga merupakan anggota jawatankuasa tersebut. Keadaan seperti ini menjadikan perbahasan dan pengawas-seliaannya dangkal dan tidak berkesan.
o Ahli Parlimen tidak mempunyai peluang untuk membina ketrampilan dan pengetahuan khusus untuk kementerian tertentu;
o Ahli Parlimen yang mempunyai pengetahuan, kebolehan dan wawasan untuk disumbangkan mungkin tidak dapat berbuat demikian sekiranya tidak berjaya menarik perhatian Speaker/ Yang Dipertua Dewan;
o Ahli Parlimen mungkin mengalami kelesuan tumpuan sekiranya Parlimen bersidang hingga larut malam untuk mengejar jadual perbahasan;
o Masa yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi kerana kesemua 25 kementerian persekutuan itu akan dibahaskan oleh “jawatankuasa” yang sama dalam tempoh masa 18 hari sahaja;

Sebarang sumbangan pengisian dari Ahli-ahli Parlimen mestilah dianggap penting dan berharga. Ini adalah kerana mereka mewakili kepentingan rakyat. Pakatan Rakyat mahu supaya dilaksanakan perbahasan peringkat jawatankuasa yang sebenar-benarnya,:
• Untuk permulaan, sebanyak 7 buah Jawatankuasa akan ditubuhkan. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut bakal dianggotai oleh campuran Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang, mengikut kadar perwakilan di dalam Dewan yang dimenangi masing-masing;
• Anggota-anggota Jawatankuasa akan diberi peruntukan yang sewajarnya untuk menggajikan para pembantu penyelidik Parlimen yang boleh membantu meningkatkan tahap keberkesanan.

Pakatan Rakyat percaya usul ini akan melahirkan Bajet-bajet akan datang yang lebih berkesan dan memaparkan keperluan dan kehendak rakyat sewajarnya:
• Ahli-ahli Parlimen yang berkhidmat lama boleh menimba pengetahuan dan membina kepakaran dan pengalaman khusus untuk membantu mereka untuk meneliti dan membahas dengan berkesan serta berupaya mengutarakan pengisian dan pemikiran yang bernas dan tuntas;
• Apabila saiz jawatankuasa semakin kecil, anggota-anggotanya boleh melibatkan diri di dalam perbahasan dan perbincangan dengan lebih bermakna. Jawatankuasa yang lebih kecil juga akan membolehkan interaksi yang lebih produktif dan mengurangkan pendekatan berpuak-puak. Tidak sepertimana yang berlaku sekarang ini dimana pihak kerajaan dan pembangkang seolah-olah menjadi kemestian utk bertelingkah.

Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan 7 buah Jawatankuasa berikut dan kementerian-kementerian yang akan diawas-selia dibawahnya (penamaan kementerian adalah mengikut apa yang dilaksanakan kerajaan sekarang dan tidak sesekali mencerminkan pemikiran dan pendirian PR) :

1. Hal-ehwal Nasional dan Antarabangsa
• Jabatan Perdana Menteri
• Kementerian Luar Negeri
• Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
• Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

2. Ekonomi & Kewangan
• Kementerian Kewangan
• Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
• Kementerian Pelancongan

3. Keselamatan
• Kementerian Pertahanan
• Kementerian Dalam Negeri

4. Pendidikan, Bakat & Pekerjaan
• Kementerian Pendidikan
• Kementerian Pendidikan Tinggi
• Kementerian Sumber Manusia

5. Pertanian dan Pembangunan Wilayah
• Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi
• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
• Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

6. Infrastruktur, Pengurusan Sumber & Alam Sekitar
• Kementerian Kerja Raya
• Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
• Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi
• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

7. Kesejahteraan Komuniti
• Kementerian Pengangkutan
• Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
• Kementerian Kesihatan
• Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat
• Kementerian Belia dan Sukan

DIKELUARKAN BAGI PIHAK SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT
Oleh wakil-wakil parti:

YB DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Islam SeMalaysia

YB LIEW CHIN TONG, Setiausaha, Hal-ehwal Antarabangsa
Democratic Action Party

YB NURUL IZZAH ANWAR, Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

9 September 2011

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More