
RM 780.84 juta sebagai pembayaran elaun JKKK dan JKKKP diperuntukan dari 2006-2011
- 18 November 2011
- Uncategorized
Daripada : YB Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera]
Tarikh : 17 November 2011
Soalan : Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan jumlah peruntukan untuk elaun dan bilangan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampong (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung Persekutuan (JKKKP) dari tahun 2005 hingga 2011.
Jawapan :
Tuan Yang Dipertua,
Pembayaran elaun kepada pengerusi JKKK oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermula pada tahun 2006 selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 1 Mac 2006 manakala pembayaran elaun kepada JKKKP bermula pada tahun 2008 mengikut keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 dan 18 Jun 2008.
Bermula tahun 2006 sehingga tahun 2011, sejumlah RM 780.84 juta telah diperuntukan bagi pembayaran elaun JKKK dan JKKKP dengan pecahan seperti berikut:
i. Pada tahun 2006 sejumlah RM 63.65 juta diperuntukan bagi membayar elaun 13,261 Pengerusi JKKK;
ii. Pada tahun 2007 sejumlah RM 71.40 juta diperuntukan bagi membayar elaun 14,875 Pengerusi JKKK;
iii. Pada tahun 2008 sejumlah RM 79.17 juta diperuntukan bagi membayar elaun 14,875 JKKK dan JKKKP;
iv. Pada tahun 2009 sejumlah RM 101 juta diperuntukan bagi membayar elaun 15,067 JKKK dan JKKKP;
v. Pada tahun 2010 sejumlah RM 159.62 juta diperuntukan bagi membayar elaun 15,378 JKKK dan JKKKP; dan
vi. Bagi tahun 2011 pula sejumlah RM 306 juta diperuntukan untuk membayar elaun 15,591 JKKK dan JKKKP.
Peningkatan jumlah peruntukan sejak tahun 2007 adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan perjawatan JKKK dan JKKKP dan keputusan kerajaan turut membayar elaun Setiausaha, elaun Pengedalian Mesyuarat, elaun Hadir Mesyuarat, elaun Kemudahan Wad serta bayaran Rawatan Kelas Dua di Hospital Kerajaan.
Peningkatan drastic jumlah peruntukan pada tahun 2011 pula adalah disebabkan keputusan Kerajaan untuk menaikkan elaun Pengerusi JKKK dan JKKKP daripada RM 450 kepada RM 800 sebulan dan kenaikan elaun kehadiran mesyuarat daripada RM 30 kepada RM 50 sebulan.
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.