
Membahas Isu-isu Mengenai Hukuman Sebat Dan Mati Di Parlimen
- 2 December 2011
- Uncategorized
Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong telah menyentuhkan beberapa perkara kritikal mengenai hukuman sebat dan mati serta perisikan polis masih tumpu pada komunis, bukan jenayah, semasa dalam sesi pengulungan Kepala Bekalan B.62 dan Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri pada 23 November 2011.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh pertamanya berkenaan Penjara – Butiran 030000. Saya hendak minta kementerian untuk memberikan jawapan, mungkin dalam tulisan, berkenaan dengan berapa ramai banduan yang telah disebat di bawah Akta Imigresen dan nationality ataupun kenegaraan banduan-banduan yang disebat di bawah Akta Imigresen.
Kedua, saya minta kalau boleh minta jawapan bertulis, berapa banduan ditahan untuk menjalani hukuman mati dan belum dijalankan hukuman itu dan minta kementerian jawab bahawa adakah kerajaan akan meminda pendirian tentang hukuman mati? Adakah kerajaan bersedia untuk menimbang bahawa hukuman mati ini bukanlah hukuman yang berpandukan hak asasi manusia? Adakah kemungkinan Kerajaan Malaysia akan menimbang supaya memansuhkan hukuman mati ataupun adakan moratorium buat sementara untuk mengkaji semula hukuman
mati?
Bahagian kedua ialah berkenaan dengan risikan keselamatan, Butiran 020400. Saya mendapati dalam buku Anggaran
Perbelanjaan muka surat 623, objektif risikan keselamatan adalah menjamin keselamatan negara melalui aktiviti risikan keselamatan secara sulit dan terbuka ke atas ancaman komunis, anasir-anasir subversif dan pelampau,
perisikan dan pengintipan dalam negeri dan ancaman luar negara.
Soalan saya ialah bahawa Kerajaan Malaysia telah menandatangani a peace accord atau pun perjanjian aman dengan pihak MCP pada tahun 1989 dan 22 tahun dan kita masih menyenaraikan ancaman komunis sebagai satu objektif untuk risikan keselamatan. Soalan saya ini, adakah kita misallocate resources, sumber-sumber yang kita ada dan menumpukan isu yang bukan sebenar mengikut laporan jawatankuasa atau pun Suruhanjaya Diraja pada 2005 ialah bahawa fokus polis sebenarnya terhadap jenayah.
Kalau kita baca Bajet atau anggaran untuk Kementerian Dalam Negeri, terutamanya untuk polis, boleh dirasakan fokus itu bukan terhadap jenayah. Kalau kita baca Butiran 020300 – Penyiasatan Jenayah. Hanya 9,300 pegawai polis diperuntukkan. Risikan keselamatan diperuntukkan 9,059 pegawai polis. Maka, ini menunjukkan bahawa fokus kita bukan terhadap jenayah tetapi ada banyak isu seperti subversif komunis. Ini memang tidak ada lagi.
Saya berharap kerajaan boleh mengkaji semula prioriti atau pun keutamaan kita dalam pihak polis supaya polis mengikut kajian Suruhanjaya Diraja tahun 2005 supaya fokus terhadap jenayah sahaja.
Dukacita ialah persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Liew Chin Tong tidak dijawab oleh pihak Kementerian dalam sesi pengulungan itu.
Hansard dari Laman Portal Rasmi Parlimen, sila rujuk ke mukasurat 158.
Share this article
Related Articles


- 7 Nov 2023·
Thinking Strategically for Malaysia’s Semiconductor Industry

- 6 Nov 2023·
Bringing Malaysians back to the cities
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.