Rekonsiliasi national dan reformasi Parlimen

Ucapan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong

Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana memberi peluang untuk saya menyertai perbahasan Usul Junjung Kasih Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong.

Saya ingin merakamkan kesyukuran saya kepada pengundi Kluang yang telah memilih saya sebagai Ahli Parlimen dalam PRU yang lalu.

Saya ingin membincangkan empat tajuk dalam ucapan saya, iaitu

Pendemokrasian sebagai asas rekonsiliasi nasional

Masalah-masalah yang dihadapi rakyat Kluang.

Pengangkutan awam

Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST

Pendemokrasian asas rekonsiliasi nasional sebenar

Selepas pilihanraya umum ke-13, kita dengan hujah “national reconciliation” atau rekonsiliasi nasional, yakni kembali rapatkan hubungan dan persefahaman, yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri.

Menurut Yang Amat Berhormat Pekan dalam sesi soalan minggu lepas, “national reconciliation” bermakna Pakatan Rakyat mesti terima keputusan PRU ke-13 tanpa pertikaian. Mengikut tafsiran YAB Pekan, Pakatan Rakyat bukan sahaja dipaksa menerima keputusan PRU itu tetapi juga mesti terima apa saja yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, baik yang betul atau salah, baik menggunakan dakwat kekal atau tak kekal, baik menggunakan kimia atau perwarna makanan; mesti ikut saja apa yang SPR putuskan.

Menurut Perdana Menteri juga, satu majlis perundingan perpaduan akan ditubuhkan untuk tujuan “national reconciliation”.

Sebenarnya, Parlimenlah medan perundingan di antara kerajaan dan pembangkang. Tidak perlu memandang jauh kepada institusi lain. Kalau YAB Pekan ikhlas tentang perundingan, jadikanlah Parlimen satu-satu institusi yang demokratik. Kalau YAB Pekan berniat melaksanakan national reconciliation dan bukan “national retaliation”, jadikan pendemokrasian atau democratisation sebagai asas rekonsiliasi nasional.

Demokrasi tidak bererti yang minoriti tunduk kepada kuasa majoriti. Demokrasi bererti yang majoriti menghormati hak minoriti dan mengambil kira pandangan minoriti dalam proses pengubalan undang-undang dan dasar.

Malah, pada hari ini, Barisan Nasional sebenarnya kerajaan minoriti dari segi undi popular. Hakikat ini memerlukan Barisan Nasional mentadbir dengan cara perundingan dan bukan seperti kuku besi seolah-olah ia masih mempunyai 90 peratus kerusi seperti selepas PRU tahun 2004.

Oleh kerana ramai YB telah dan akan sentuh tentang ketidakadilan proses dan sistem pilihanraya, saya ingin tumpukan perbincangan saya kepada reformasi Parlimen, reformasi Jabatan Perdana Menteri yang semakin mendominasi kuasa politik negara dan desentralisasi.

Untuk reformasi Parlimen, kita boleh mulakan dengan mengadakan pemilihan atau pilihanraya untuk ahli-ahli Dewan Negara. Mereka boleh dipilih secara terus oleh rakyat. Untuk menjayakan usaha ini, saya cadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk mengkaji cara-cara membaiki sistem pemilihan bagi Dewan Negara.

Dewan Negara ada peranan penting sebagai house of review untuk menyemak keputusan Dewan Rakyat dan juga sebagai house of states yang memelihara kepentingan negeri-negeri di dalam persekutuan kita.

Cadangan kedua untuk reformasi parlimen, untuk memberi lebih peluang untuk ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dalam proses penggubalan undang-undang dan dasar, dan juga memberi peluang supaya isu-isu kawasan dirakamkan dalam Parlimen dengan tindakan susulan oleh kementerian, adalah dicadangkan bahawa Parlimen kita memperkenalkan sistem jawatankuasa utama atau “Main Committee” Parlimen Australia dan “Westminster Hall” Parlimen UK. Dalam dua parlimen ini, satu dewan kedua atau “second chamber” diwujudkan untuk ahli-ahli Parlimen membawa isu-isu kawasan dan isu-isu yang tidak memerlukan masa dewan utama. Isu-isu yang disuarakan dalam “second chamber” dikira setanding taraf dengan yang disuarakan dalam dewan utama tetapi tidak memerlukan ruang dewan utama. Dengan cara ini, dewan utama parlimen jadi lebih efisyen dan semua ahli dapat suarakan isu-isu yang mereka prihatin termasuk isu-isu kawasan masing-masing tanpa memakan masa dewan utama.

Cadangan ketiga untuk reformasi Parlimen, Pakatan Rakyat menuntut agar Jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen yang khusus dan tetap bagi kementerian tertentu ditubuhkan. Ini memastikan pembahasan yang lebih mendalam dan teliti. Dalam sistem demokrasi berperlembagaan, ahli Parlimen dikehendaki memberi input dan pengawasan atas badan Eksekutif, atau kerajaan yang diketuai perdana menteri. Peranan ahli Parlimen telah semakin lama semakin dikurangkan, sebab kerajaan Barisan Nasional memfokuskan kuasa dalam tangan Perdana Menteri dan jemaah menterinya.

Jawatankuasa-jawatankuasa sepatutnya terdiri daripada ahli Parlimen kedua-dua kerajaan dan pembangkang, dan diberi peruntukan untuk mengadakan pegawai kajian.

Jawatankuasa Parlimen 1 – Kebangsaan dan Antarabangsa
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Luar Negeri
Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Jawatankuasa Parlimen 2 – Ekonomi dan Kewangan
Kementerian Kewangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Jawatankuasa Parlimen 3- Keselamatan
Kementerian Pertahanan
Kementerian Dalam Negeri

Jawatankuasa Parlimen 4- Pendidikan dan Pekerjaan
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi
Kementerian Sumber Manusia

Jawatankuasa Parlimen 5 – Pertanian, Perladangan dan Pembangunan Luar Bandar
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Jawatankuasa Parlimen 6- Pengangkutan dan Pembangunan Bandar
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Wilayah Persekutuan

Jawatankuasa Parlimen 7 – Pengurusan Sumber dan Kelestarian
Kementerian Kerja Raya
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Jawatankuasa Parlimen 8- Masyarakat Berkebajikan
Kementerian Kesihatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Belia dan Sukan

Cadangan ke-empat – Pejabat Ketua Pembangkang perlulah diberikan kedudukan taraf menteri dengan pegawai dan pembantu yang mencukupi. Ahli-ahli parlimen dari backbench dan pembangkang perlu juga diperuntukan pegawai-pegawai kajian yang mencukupi

 

 

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More