
Reformasi JPM
- 2 July 2013
- Institution, Uncategorized
17. Cadangan ke-lima – Jawatankuasa jawatankuasa tetap parlimen seperti House Committee, Hak dan Kebebasan, Peraturan-peraturan Mesyuarat perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.Untuk reformasi Jabatan Perdana Menteri, saya ingin bangkitkan perkara di mana berlaku ketidakseimbangan di antara Jabatan Perdana Menteri dan Parlimen yang sangat ketara. Pada tahun 2013, Parlimen yang menjadi tonggak demokrasi negara hanya diperuntukan RM 82 juta ringgit sedangkan JPM yang hanya merupakan satu daripada “kementerian” diperuntukan sejumlah RM 14.6 billion ringgit.
Dengan kata lain, peruntukan untuk JPM ialah 180 kali ganda daripada Parlimen. Adakah ini bermakna JPM lebih penting dan besar daripada Parlimen?
18.Saya juga ingin cadangkan supaya Kabinet ditadbir secara kolektif dan bertanggungjawab kepada Parlimen, yang seharusnya memainkan peranan utama dalam pentadbiran. Kebanyakan agensi yang sekarang berpusat di bawah Jabatan Perdana Menteri boleh dibahagikan kepada kementerian yang berkaitan.
Jabatan Perdana Menteri tidak perlukan lapan (8) menteri penuh beserta dua timbalan menteri dan ramai lagi penasihat berpangkat Menteri; Menteri di JPM harus dihadkan tiga orang sahaja dan penasihat Perdana Menteri tidak harus berpangkat Menteri. Sesiapa yang berpangkat Menteri mesti dilantik dari kalangan Ahli Parlimen Dewan Rakyat atau Dewan Negara dan mesti bertanggungjawab dengan Parlimen.
Perdana Menteri dilarang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan kerana akan, dan sebenarnya telah pun berlaku konflik kepentingan atau conflict of interest. Oleh itu seorang Menteri Kewangan sepenuh masa mesti dilantik.
Jabatan Peguam Negara menjadi sebuah kementerian berasingan dengan menteri penuh yang bertanggungjawab kepada Parlimen;
Suruhanjaya Pilihan Raya secara langsung bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak akan lagi berada di bawah kawal selia Jabatan Perdana Menteri;
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) secara langsung bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak akan lagi berada di bawah kawal selia Jabatan Perdana Menteri;
Parlimen Malaysia ditadbir secara bebas melalui Pejabat Speaker dan pelbagai Jawatankuasa Parlimen terutamanya House Committee, serta bebas daripada pihak Eksekutif;
Biro Pengaduan Awam dinaiktaraf ke posisi ‘ombudsman’ dengan peruntukan kewangan yang mencukupi serta dijadikan bertanggungjawab terus kepada Parlimen;
Fungsi-fungsi Uni Perancang Ekonomi (EPU) dan PEMANDU disatukan; dan PEMANDU ditutup selepas ini;
Peranan Unit Pelaksanaan dan Perancangan (ICU) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan dikaji semula
18. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diserap ke dalam Kementerian Pertahanan.Ketidakseimbangan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri juga jauh melampau. Jumlah belanjawan semua negeri hanya 7.9 peratus berbanding dengan belanjawan persekutuan tahun 2013. Lebih kuasa dan sumber kewangan haruslah diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Jika tidak, status Malaysia sebagai persekutuan atau kerajaan federal akan diragui. Saya bimbang nanti ada orang ingat kita sudah menjadi “Malayan Union” yang baru.
19. Dalam konteks “rekonsiliasi nasional”, sabotaj Kerajaan Pusat terhadap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat mesti dihentikan. Contohnya, jawatan kuasa keselamatan kampung sepatutnya bidang kuasa kerajaan negeri. Tetapi di negeri Pakatan, sudah berlaku keadaan “one country two systems” di mana kerajaan pusat campurtangan dan menwujudkan JKKK Pusat untuk lawan dengan JKKK Negeri di mana kos untuk membiayai JKKK Pusat mencecah RM 300 juta ringgit setahun.
20. Sistem penyelaras Barisan Nasional di mana penyelaras-penyelaras BN di kawasan DUN dan Parlimen Pakatan dibayar eluan dengan dana awam, dan elaun mereka hampir setanding dengan eluan wakil rakyat haruslah dihapuskan demi “national reconciliation”.
21. Peruntukan pembangunan kawasan juga harus diagihkan secara adil kepada semua wakil rakyat termasuk wakil rakyat pembangkang.
22. Sementara itu, semua ahli dewan sudah pasti sedar betapa beratnya tanggungjawab di kawasan masing-masing. Bukan sahaja Ahli Parlimen perlu berusaha gigih di peringkat pusat, kita juga perlu menjaga kepentangan rakyat di peringkat kawasan. Jadi, masanya sudah tiba untuk kita adakan pilihanraya pihak berkuasa tempatan. Jika ahli majlis kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat, mereka sudah tentu lebih responsif kepada rakyat dan akan mampu menyelesaikan masalah tempatan dengan lebih berkesan.
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.