
Pertanyaan Lisan Parlimen 01.07.13 : Hukuman Sebat
PERTANYAAN: LISAN
TARIKH: 01 JULAI 2013
NO. SOALAN: 79
RUJUKAN: 5442
SOALAN:
Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapakah bilangan banduan di penjara Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman sebat mengikut kewarganegaraan mereka dan sebab kesalahan mereka.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Statistik Jabatan Penjara Malaysia bagi tempoh 2010 hingga 10 Jun 2013 menunjukkan seramai 42,634 banduan telah dilaksanakan hukuman sebat. 26,214 orang daripadanya atau 61.5% merupakan banduan warganegara Malaysia yang telah melakukan pelbagai kesalahan seperti merogol, merompak, mengedar dadah, memiliki senjata api, melakukan serangan dan pecah amanah.
Manakala 16,420 iaitu 38.5% daripadanya adalah banduan warganegara asing yang melakukan pelbagai kesalahan iaitu seramai 706 banduan di bawah Kanun Keseksaan, 610 banduan di bawah Akta Dadah Berbahaya, 1,253 banduan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan 13,851 banduan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Banduan warganegara asing berkenaan datang dari pelbagai negara seperti Filipina, Indonesia, Nepal, Nigeria, Pakistan, Sri Lanka, Kemboja, India, Myanmar, Thailand dan Bangladesh.
Sekian, terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·