Pertanyaan Lisan Parlimen 26.07.13 : Keruntuhan Binaan

PERTANYAAN: LISAN

TARIKH: 26 JUN 2013

NO. SOALAN: 14

 

SOALAN:

Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tindakan yang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap:-

  1. keruntuhan Stadium Sultan Zainal Abidin di Terengganu pada 20 Februari 2013 dan keruntuhan jambatan di Putrajaya pada 28 Februari 2013; dan
  2. keruntuhan tiang penyambung landasan LRT di Subang Jaya pada 30 Mac 2013 dan keruntuhan bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas di Terengganu pada 21 Mei 2013

 

JAWAPAN:

1. dan 2.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes kecuaian projek-projek awam di Negara ini terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab agensi-agensi yang berkenaan.

Sebagai contoh, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan Masjid Binjai Kertas, Hulu Terengganu ialah projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu, jejambat berhampiran plaza tol Putrajaya merupakan projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan kemalangan tiang cerucuk projek membina landasan MRT di subang pula di bawah pengawasan Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD). Walaupun projek-projek ini terletak di bawah pengawasan dan tanggungjawab pelbagai agensi, namun secara umumnya tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang terlibat dengan insiden kecuaian ini boleh diambil menerusi 3 kategori berikut, iaitu aspek keahlian profesional, aspek kontraktual dan aspek kawal selia.

Dari sudut keahlian profesional terdapat akta-akta yang boleh diguna pakai untuk mendakwa pihak-pihak yang terlibat, iaitu Akta Pendaftaran Jurutera 1967, Akta Arkitek 1967 dan Akta Pendaftaran Juruukur Bahan 1967. Daripada aspek kontraktual pula ia melibatkan pelbagai akta sedia ada, seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Undang-Undang Kecil Bangunan 1984, Akta Lembaga Pembangunan Industru Pembinaan (CIDB) 1994, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1984. Manakala daripada aspek kawal selia pula, pengawasan dan pemantauan projek terletak di bawah agensi kawal selia projek yang terlibat, seperti Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), CIDB dan SPAD.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sebagai agensi teknikal utama Kerajaan sememangnya sentiasa peihatin dan berusaha untuk menambah baik sistem dan amalan semasa dalam industri pembinaan di negara ini. Jawatankuasa khas ini akan mengkaji semula amalan prosedur semasa industri pembinaan dan seterusnya mengemukakan syor-syor penambahbaikan kepada Kerajaan untuk pertimbangan.

 

Sekian, terima kasih.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More