Jawapan Bertulis Parlimen Sesi Pertama : Nancy Shukri (SPAD)

JAWAPAN BERTULIS YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN USUL MENJUNJUNG KASIH KE AT AS UTAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG (2013)

 

Tuan Yang di-Pertua, 

1. Yang Berhormat Kluang telah mencadangkan agar Konsesi Airport Limo Sdn Bhd ditamatkan apabila SPAD telah membenarkan teksi bandar beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, Syarikat Airport Limo (M) Sdn. Bhd. (ataupun yang lebih dikenali sebagai Airport Limo) menjalankan operasi teksi lapangan terbang tanpa konsesi. Dengan perlaksanaan sistem 2-tier di KLIA, Airport Limo akan terus beroperasi seperti biasa sebagai penyedia perkhidmatan teksi lapangan terbang di KLIA tier-1 dengan menggunakan sistem tambang berkupon manakala teksi bandar yang beroperasi di KLIA tier-2 menggunakan tambang bermeter.

3. Bagi menjawab cadangan lanjut oleh Yang Berhormat Kluang agar teksi bandar boleh mengambil penumpang di KLIA, sukacita dimakiumkan bahawa teksi bandar teiahpun diberi kebenaran untuk mengambil penumpang di KLIA dengan perlaksanaan sistem 2-tier di KLIA yang telah saya sebutkan sebentar tadi.

4. Dalam perkara yang sama juga, Yang Berhormat Kluang turut mencadangkan agar penggunaan kereta nasional sebagai teksi limosin dikaji semula.

5. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini SPAD tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan atau gesaan untuk Airport Limo menggunakan kereta nasiona! sahaja. Penggunaan kereta buatan nasional walaubagaimanapun amat digalakkan, bagi menyokong produk buatan tempatan selain mempromosi dan memperkenaikan kereta nasional kepada pengguna, khususnya pelancong asing. Apapun, ia terpulang kepada syarikat pengendali untuk menggunakan kenderaan yang bersesuaian mengikut keperluan dan permintaan pengguna.

 

Sekian, terima kasih.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More