
Pertanyaan Lisan Parlimen 02.07.13 : Hukuman Mati
- 26 July 2013
- Uncategorized
PERTANYAAN: LISAN
TARIKH: 02 JULAI 2013
NO. SOALAN: 54
RUJUKAN: 5449
SOALAN:
Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci:-
a) bilangan banduan yang telah menjalani hukuman mati sejak 1957 (mengikut kewarganegaraan dan jantina); dan
b) senarai banduan akhir yang sedang menunggu hukuman mati (mengikut kewarganegaraan dan jantina).
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
a) Statistik Jabatan Penjara mulai tahun 2000 hingga Julai 2013 menunjukkan seramai (26) banduan telah menjalani hukuman mati. Mereka terdiri dari (22) warganegara Malaysia dan (4) warganegara asing iaitu (3) Nigeria dan (1) Singapura.
b) Berdasarkan statistik Jabatan Penjara Malaysia pada 10 Jun 2013 menunjukkan terdapat seramai (964) banduan telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi. Daripada jumlah tersebut, (912) banduan lelaki dan (52) adalah banduan wanita. (647) banduan atau 67% merupakan warganegara Malaysia, manakala (317) banduan atau 33% merupakan warganegara asing.
Daripada sejumiah (317) banduan warganegara asing, (82) daripadanya adalah Indonesia, (65) Iran, (29) Filipina, (28) Thailand, (26) India, (25) Nigeria, (16) Myanmar, (12) Singapura dan (34) lagi terdiri daripada pelbagai negara.
Walau bagaimanapun hukuman mati terhadap mereka belum dapat dilaksanakan kerana masih dalam proses rayuan sama ada di Mahkamah atau Lembaga Pengampunan Negeri. Pada ketika ini tiada rayuan atau petisyen dari mana-mana banduan hukuman mati yang telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan Negeri yang memerlukan hukuman mati tersebut dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.