Pertanyaan Lisan Parlimen 18.07.13 : Program Talent Corp.

PERTANYAAN: LISAN

TARIKH: 18 JULAI 2013

NO. SOALAN: 14

 

SOALAN:

Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terperinci peserta program Talent Corp bagi tahun 2011, 2012, 2013 mengikut umur, jantina, bangsa, dan negara. Berapakah kos operasi Talent Corp dan berapakah peruntukan Kerajaanyang diberikan untuk tahun 2011, 2012 dan 2013.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah menerima geran pelancaran (Launching Grant) sejumlah RM30 juta pada 2011, dan seterusnya penyaluran peruntukan sebanyak RM20 juta bagi 2012, dan RM15juta bagi 2013 untuk menampung kos operasi termasuk perbelanjaan emolumen, kos permulaan penubuhan serta kos pejabat.

2. Menerajui Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme)    sejak 2011, terdapat peningkatan bilangan permohonan yang telah diluluskan melalui insentif ini dari tahun ke tahun. Sebanyak 680 permohonan telah diluluskan pada 2011, 923 permohonan pada 2012 dan sehingga Jun 2013, sebanyak 502 permohonan telah diluluskan untuk insentif ini. Daripada jumlah keseluruhan permohonan, sejumlah 75% merupakan pemohon lelaki, 25% merupakan pemohon wanita dan hampir kesemua pemohon berumur lebih 30 tahun.

3. Seterusnya, bagi komposisi kaum yang telah menyertai program ini, 60% merupakan kaum Cina, 30% Bumiputra dan 10% bagi kaum India serta Iain-Iain. Professional yang diluluskan melalui insentif ini kebanyakannya pulang dari Singapura, United Kingdom, China, Australia, Amerika Syarikat dan Qatar.

 

Sekian, terima kasih.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles