
Pertanyaan Lisan Parlimen 27.06.13 : 7% Cukai (GST)
- 26 July 2013
- Uncategorized
PERTANYAAN: LISAN
TARIKH: 27 JUN 2013
NO. SOALAN: 3
SOALAN:
Y.B. DATOโ AHMAD FAUZI BIN ZAHARI [ SETIAWANGSA ] minta MENTERI KEWANGAN manyatakan sejah manakah Kerajaan telah memperjelaskan kepada rakyat jika Kerajaan bercadang mengenakan kadar tujuh peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menyakinkan rakyat supaya menerima kaedah percukaian itu.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua;
Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan-soalan daripada YB Petaling Jaya Selatan 01/07/2013, YB Sandakan pada 02/07/2013, YB Bukit Mertajam pada 02/07/2013, YB Bukit Bintang pada 03/07/2013, YB Lipis pada 03/07/2013, YB Shah Alam pada 08/07/2013, YB Kubang Pasu pada 03/07/2013, YB Ampang pada 08/07/2013, YB Tebrau pada 10/07/2013, YB Sungai Petani pada 10/07/2013, YB Keningau pada 10/07/2013, YB Pulai pada 11/07/2013, YB Marang pada 15/07/2013, YB Kluang pada 16/07/2013 dan YB Labis pada 17/07/2013.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semua soalan ini mempunyai persamaan iaitu berkisar kepada isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Goods and Services Tax (GST).
Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut. Oleh kerana terdapatnya perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan,
Isu kedua yang dibangkitkan adalah kenapa Kerajaan sedang memberi perhatian kepada pelaksanaan GST. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, dunia pada masa sekarang sedang berevolusi dari segi ekonomi, perniagaan dan juga percukaian, Pada masa sekarang, sebanyak 160 buah negara teiah melaksanakan GST dan berdasarkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bilangan negara dunia adalah sebanyak 193 buah negara.
Isu yang banyak ditimbulkan adalah berkenaan dengan kesan pelaksanaan GST kepada golongan berpendapatan rendah. Berdasarkan kajian yang dibuat, jika GST dilaksanakan, kita berpendapat barangan keperluan asas wajar dikenakan GST pada kadar sifar yang mana barangan ini adalah yang banyak digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah. Contoh barangan adalah seperti beras, gula, tepung, minyak masak, bawang, sayur-sayuran, daging dan ikan. Selain daripada itu, perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, tol dan rumah kediaman juga dikategorikan sebagai exempt supply. Ini bermaksud GST tidak akan dikenakan di peringkat akhir pembekalan perkhidmatan tersebut.
Sesi penerangan GST juga telah dan sedang dibuat seluruh negara. Ini bertujuan bagi menerangkan kepada semua lapisan masyarakat tentang cadangan model GST yang akan dilaksanakan di Malaysia. Kumpulan sasaran program kesedaran GST adalah terdiri daripada tiga (3) kumpulan Utama iaitu kerajaan, industri dan pengguna. Semenjak tahun 2010 sehingga bulan Jun 2013, sebanyak 4,667 program telah dijalankan yang telah dihadiri seramai 202,630 orang.
Sekian, terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 16 Sep 2023ยท
๐ช๐ต๐ฎ๐ ๐ ๐๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฎ๐ฏ๐ผ๐๐ ๐๐ต๐ฒ ๐ต๐ถ๐ด๐ต๐ฒ๐ฟ ๐ฝ๐๐ฟ๐ฝ๐ผ๐๐ฒ ๐ผ๐ณ ๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐น ๐ถ๐ป๐ฑ๐๐๐๐ฟ๐

- 12 Sep 2023ยท
Green transition as a new investment opportunity
Join Us
Letโs build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.