Pertanyaan Lisan Parlimen 27.06.13 : Bilangan PATI

PERTANYAAN: LISAN

TARIKH: 27 JUN 2013

NO. SOALAN: 32

RUJUKAN: 5462

 

SOALAN:

Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan PATI yang telah diputihkan meialui Program 6P yang lalu mengikut negara sumber, sektor dan negeri.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Proses Pemutihan adalah proses kedua daripada enam (6) proses di bawah Program Penyelesalan Menyeluruh Warga Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P yang mula dilaksanakan pada 10 Oktober 2011 yang lalu. lanya bertujuan untuk memutihkan PATI yang ingin bekerja di negara ini agar mereka menjadi pekerja asing yang sah bekerja dengan majikan masing-masing.

Sehingga 30 November 2012, seramai 619,661 PATI telah memohon untuk diputihkan yang meliputi 61% daripada 1,015,852 PATI yang mendaftar dengan tujuan untuk bekerja di negara ini. Daripada jumlah tersebut seramai 503,161 PATI telah diputihkan.

Perbezaan jumlah PATI yang diluluskan dengan PATI yang mendaftar untuk Proses Pemutihan adalah disebabkan beberapa perkara seperti mana berikut:

  1. Terdapat majikan yang gagal untuk menghadiri temu duga Proses Pemutihan;
  1. PATI gagal pemeriksaan kesihatan FOMEMA {unfit);
  1. PATI telah melebihi had umur bekerja (45 tahun);
  1. PATI mempunyai rekod dengan agensi keselamatan dan juga penguatkuasaan; dan
  1. PATI berada dalam  kategori tanggungan (contohnya: anak, isteri atau suami).

Pecahan PATI yang telah diputihkan mengikut lima (5) warganegara tertinggi adalah seperti berikut:

a)    Bangladesh                 202,971 PATI

b)   Indonesia                     201,237 PATI

c)    Myanmar                        48,855 PATI

d)   India                               17,551 PATI

e)    Nepal                              10,717 PATI

 

Sekian, terima kasih.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More