Pertanyaan Lisan Parlimen 11.7.13 : ETS & MRT & HSR

PERTANYAAN: LISAN

TARIKH: 11 JULAI 2013

NO. SOALAN: 92

 

SOALAN:

 

Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG  [ KLUANG ]  minta  PERDANA  MENTERI

menyatakan anggaran kos pembinaan Projek Landasan Berkembar KTM/Electric Train Service (ETS) Selatan Semenanjung Malaysia; perkembangan terkini dan laporan terperinci Projek MRT dari Johor Bahru-Singapura dan Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura seperti jumlah kos projek dan stesen-stesen yang bakal dilaluinya.

 

JAWAPAN:

Y.B. PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Anggaran kos pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru adalah sebanyak RM7.2 bilion.

2. Sementara itu, projek MRT dari Johor Bahru-Singapura masih berada dalam peringkat penyelesaian kajian daya maju (feasibility study).

3. Bagi projek keretapi berkelajuan tinggi, kajian daya maju (feasibility study) yang merangkumi penilaian terperinci aspek-aspek teknikal dan kejuruteraan, kos, kewangan dan operasi serta manfaat sosio-ekonomi sedang dijalankan dan kini berada di tahap akhir penyediaan laporan.

4. Fakta-fakta keretapi berkelajuan tinggi secara umumnya adalah seperti berikut:

a) Jajaran : ~350km, di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dengan 5 stesen pengantara di sepanjang jajaran dan 2 terminus;

b) Operasi: 2 jenis perkhidmatan, iaitu:

(i)        Perkhimatan Ekspres dengan masa perjalanan 90 minit; dan

(ii)      Perkhidmatan Transit dengan masa perjalanan 120 minit.

c) Kelajuan : Purata kelajuan dijangkakan 250km/jam

5. Maklumat lanjut akan disediakan setelah laporan kajian daya maju ini disiapkan.

 

Sekian, terima kasih.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Harmonising ESG practices

In the 1970s, Milton Friedman talked about the purpose of a corporation. He argued that a corporation had only one purpose — to make profits for its shareholders. For over…
Read More