
Jawapan Bertulis Parlimen Sesi Pertama : Nancy Shukri (KTMB)
- 29 July 2013
- Uncategorized
JAWAPAN BERTULIS YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN USUL MENJUNJUNG KASIH KE AT AS UTAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG (2013)
Tuan Yang di-Pertua,
1. Yang Berhormat Kluang turut telah menyentuh mengenai isu pengurangan perkhidmatan keretapi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Beliau berpandangan bahawa jadual waktu baru perkhidmatan keretapi bermula buian Julai 2013 adalah tidak wajar.
2. Untuk makluman Yang Berhormat, faktor-faktor penstrukturan semula jadual waktu perkhidmatan keretapi KTMB mulai 1 Julai 2013 dilakukan boleh dikategorikan kepada dua (2), iaitu dari segi aspek teknikal dan aspek ekonomi,
3. Faktor dari segi teknikal ialah:
(i) Untuk menyelaraskan perkhidmatan tren Antarabandar KTMB ekoran kelewatan yang dialami akibat pengawalan sekatan had laju (dengan izin Caution Speed Limit) di sektor Selatan dan Pantai Timur demi menjamin keselamatan perkhidmatan dan penumpang;
(ii) Sekatan had laju ini juga dikuatkuasakan ke atas semua gerabak tren Antarabandar atas faktor program penyelenggaraan yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan dan Penyenggaraan Fleet KTMB; dan
(iii) Penstrukturan jadual waktu ini juga perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kerja-kerja yang sedang dijalankan bagi projek pembinaan landasan berkembar elektrik antara Ipoh ke Padang Besar yang sedang giat dilaksanakan sekarang.
4. Manakala dari segi ekonomi pula, penstrukturan semula jadual waktu mulai 1 Julai 2013 ini meiibatkan pembataian sejumlah lapan (8) perkhidmatan tren ekspres dan tren shuttle di sektor Utara, Pantai Timur dan Sefatan. Pembataian ini dibuat kerana tren-tren ini mengalami kerugian akibat penurunan jumlah penumpang yang ketara. Pihak KTMB tidak dapat menampung kos operasi dan penyenggaraan yang tinggi bagi membolehkan tren-tren berkenaan untuk terus beroperasi.
5. Saya ingin menarik perhatian mengenai statistik yang kurang tepat yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kluang berhubung dengan penutupan stesen-stesen kecil di Johor yang ditutup dalam dari Julai 2011 dan Julai 2013.
6. Untuk makluman Yang Berhormat Kluang, bagi sektor Selatan, iaitu dari Segamat hingga Johor Bahru, terdapat tiga (3) stesen yang telah ditutup untuk operasi larian tren Antarabandar KTMB sebelum 1 Julai 2013 seperti berikut:
(i) Stesen Chamek, ditutup pada tahun 2000;
(ii) Stesen Nyior, ditutup pada tahun 2000; dan
(iii) Stesen Sedenak, ditutup pada tahun 1995.
7. Manakala mulai 1 Julai 2013, terdapat empat (4) lagi stesen di negeri Johor di mana tren tidak dijadualkan untuk berhenti iaitu Stesen Genuang Tenang, Mengkibol dan Batu Anam ekoran jumlah penumpang yang amat sedikit, iaitu pada kadar purata 1.5 orang yang menggunakan stesen-stesen berkenaan setiap hari.
8. Justeru itu, penstrukturan jadual waktu perkhidmatan keretapi KTMB ini adalah wajar setelah mengambil kira faktor-faktor yang telah dinyatakan sebentar tadi.
Sekian, terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 22 Sep 2023·
Harmonising ESG practices

- 16 Sep 2023·
𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗽𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲 𝗼𝗳 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.