
Pertanyaan Bertulis Parlimen NO. 264 : Permohonan PR
- 29 July 2013
- Uncategorized
PERTANYAAN: BERTULIS
NO. SOALAN: 264
RUJUKAN: 5602
SOALAN:
Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) Jumlah kes permohonan dan kelulusan Permit Masuk (PR) dan kewarganegaraan dan pada tahun 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 mengikut negeri dan komposisi kaum; dan
(b) Apakah tempoh masa yang diambil untuk memproses dan meluluskan permohonan.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
a) Permohonan Permit Masuk yang diterima daripada tahun 2000 hingga 2013 adalah sebanyak 85,829. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 36,525 permohonan telah diluluskan.
Oleh kerana Permit Masuk dikeluarkan kepada warganegara asing, maka Kementerian tidak mempunyai statistik mengikut pecahan kaum mahupun memperincikan maklumat tersebut mengikut umur.
Bagi permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia pula, jumlah permohonan yang diterima dari tahun 2000 sehingga Mei 2013 adalah sebanyak 123,610 permohonan. Dalam hal ini, jumlah penganugerahan taraf kewarganegaraan Malaysia kepada warga asing dalam tempoh tersebut adalah seramai 66,417 orang.
(b) Tempoh masa yang diambil untuk memproses dan meluluskan permohonan Permit Masuk adalah lebih kurang 6 (enam) bulan hingga 1 (satu) tahun daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
Selain itu, penganugerahan taraf kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Persekutuan kepada seseorang dan tempoh pemprosesan tersebut tidak terikat dengan sebarang tempoh masa kerana ia tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang termaktub di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan.
A. Maklumat tambahan (Permit Masuk):
(i) Jumlah permohonan dan kelulusan Permit Masuk mengikut tahun adalah seperti berikut:
Click to expand
Manakala pecahan statistik permohonan mengikut negeri sejak dari tahun 2000 hingga 2013 adalah seperti berikut:
Click to expand
B. Maklumat tambahan (Warganegara):
(i) Jumlah permohonan dan kelulusan warganegara mengikut negeri dari tahun 2000 hingga tahun 2013 adalah seperti berikut:
Click to expand
(ii) Jumiah permohonan dan kelulusan warganegara mengikut kaum yang tertinggi tahun 2000 hingga tahun 2013 adalah seperti berikut:
Click to expand
Sekian, terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.