
PERTANYAAN: BERTULIS
NO. SOALAN: 265
SOALAN:
Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan statistic terperinci jumlah penggunaan elektrik tahunan di Malaysia bagi tempoh 10 tahun yang lalu:-
(a) Di setiap daerah ; dan
(b) Berdasarkan kategori pengguna.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Terlebih dahulu, Kementerian ingin memohon maaf kerana bahawa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak dapat membekalkan statistic jumlah jualan elektrik tahunan bagi setiap daerah. Namun begitu, pihak Kementerian dan TNB sedia berkongsi statistic jumlah jualan elektrik tahunan bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu.
2. Secara ringkasnya, statistic menunjukkan bahawa terdapat peningkatan jualan elektrik sepanjang 10 tahun yang lalu dan Negeri Selangor telah menyumbang jualan elektrik terbesar sebanyak 25,845,678GWh yang merupakan 27% daripada keseluruhan jualan elektrik di Semenanjung Malaysia pada tahun kewangan TNB 2012.
3. Berdasarkan kategori pengguna, pengguna Perindustrian telah menyumbang jualan elektrik terbesar sebanyak 41,922,592 GWh yang merupakan 44% daripada keseluruhan jualan elektrik di Semenanjung Malaysia pada tahun kewangan TNB 2012.
4. Bersama-samainidisertakanmaklumat yang dimintaolehAhli Yang Berhormatiaitu:
a. Lampiran 1 menunjukkan statistic terperinci jumlah penggunaan eiektrik tahunan bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu; dan
b. Lampiran 2 menunjukkan statistic terperinci jumlah penggunaan elektrik tahunan bagi setiap kategori pengguna di Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu
Lampiran 1
Statistik Terperinci Jumlah Penggunaan Elektrik Tahunan (Gwj) Bagi Setiap Negeri Di Semenanjung Malaysia Sepanjang Tempoh 10 Tahun Yang Lalu
Click to expand
Lampiran 2
Statistik Terperinci Jumlah Penggunaan Elektrik Tahunan (Gwj) Bagi Setiap Kategori Pengguna Di Semenanjung Malaysia Sepanjang Tempoh 10 Tahun Yang Lalu
Click to expand
Sekian, terima kasih.
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.