
Pertanyaan Lisan Parlimen 15.07.13 : SPAD & Permit Teksi
- 29 July 2013
- Uncategorized
PERTANYAAN: LISAN
TARIKH: 15 JULAI 2013
NO. SOALAN: 84
SOALAN:
Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) tidak diletak di bawah Kementerian Pengangkutan dan sebab-sebab permit teksi individu tidak diberikan keutamaan untuk menganti permit teksi korporat.
JAWAPAN:
Y.B. PUAN HAJAH NANCY B1NTI HAJI SHUKRI MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
(1) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, fungsi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah untuk merancang, menggubal polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang. SPAD juga melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
(2) Rasional untuk meletakkan dibawah pengelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dimana satu agensi setempat dicadangkan untuk mengkaji, menyelia dan memantau ditubuhkan untuk industri pengangkutan awam darat dimana segala keputusan dapat dikenafpasti dengan kadar segera.
(3) SPAD juga memainkan peranan penting di dalam usaha membaik pulih perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia, yang mana usaha ini salah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri.
(4) Dengan SPAD berada di bawah JPM, ia akan membawa manfaat seperti yang berikut:
I. penyelarasan mudah dengan Ketua-ketua Kerajaan Negeri mengenai spatial matters;
II. penerimaan pihak-pihak yang berkepentingan akan penubuhan SPAD memandangkan ia akan menggabungkan kuasa dari pelbagai agensi, jabatan dan Kementerian yang tertentu; dan
III. pentadbiran dana pengangkutan awam iaitu peruntukan dan pengawasan penggilnaan dana
(5) Oleh yang demikian, adalah wajar SPAD diletakkan di bawah pengelolaan Jabatan Perdana Menteri.
(6) Berhubung isu permit teksi, SPAD masih mempertimbangkan permohonan memperbaharui lesen teksi bagi pengusaha sedia ada termasuk syarikat dan individu.
(7) YAB Perdana Menteri mengumumkan keutamaan pemberian lesen teksi individu sebagai polisi baru bagi memberi peluang kepada mereka yang lama memajak dari syarikat. Lesen-lesen ini bukanlah tambahan kepada jumlah lesen sedia ada tetapi ia merupakan lesen-lesen syarikat yang tidak lagi aktif dan diserahkan secara sukarela oleh syarikat teksi.
(8) Pembatalan lesen milik syarikat tidak praktikal dilakukan sekarang kerana terdapat perjanjian sewa pajak antara syarikat dengan pemandu sedia ada. Buat masa ini terdapat sekitar 49% pemilik individu dan 51% pemilikan syarikat di Lembah Klang. Nisbah ini akan dikekalkan sehingga kajian menyeluruh terhadap transformasi industri teksi di muktamadkan.
Sekian, terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 22 Sep 2023·
Harmonising ESG practices

- 16 Sep 2023·
𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗽𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲 𝗼𝗳 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.