
Pertanyaan Bertulis Parlimen NO. 266 : KPI KTMB
- 29 July 2013
- Uncategorized
PERTANYAAN: BERTULIS
NO. SOALAN: 266
SOALAN:
Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah KPI yang telah ditetapkan oleh SPAD untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun 2013 dan apakah pencapaian KPI oleh KTMB pada tahun 2012.
JAWAPAN:
Y.B. PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk tahun 2013, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menetapkan beberapa aspek pengukuran prestasi utama (KPI) untuk menilai tahap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). KPI yang telah ditetapkan oleh pihak SPAD meliputi 4 aspek iaitu:
(i) Prestasi perkhidmatan tren Ukuran prestasi perkhidmatan tren termasuk ketepatan waktu, keboiehharapan perkhidmatan dan ketersediaan tren untuk perkhidmatan;
(ii) Kecemerlangan perkhidmatan penumpang Ukuran kecemerlangan perkhidmatan penumpang termasuk pengurangan bilangan aduan, tahap senggaraan kemudahan stesen dan alat penghawa dingin dalam kereta api;
(iii) Kawalan keselamatan kereta api Ukuran kawalan keselamatan kereta api termasuk kawalan kejadian pencerobohan, pematuhan keperluan Pelan Tindakan Kecemasan dan audit keselamatan, serta tahap senggaraan peralatan keselamatan kritikal seperti Alat Perlindungan Tren Automatik (ATP), alat perekod kelajuan tren, landasan, brek dan roda kereta api;
(iv)Pengurangan kadar kemalangan kereta api Ukuran pengurangan kadar kemalangan kereta api termasuk pengurangan bilangan kemalangan termasuk kegelinciran tren, perlanggaran tren, kebakaran di stesen bangunan kereta api dan dalam tren.
2. Prestasi KTMB bagi tahun 2012 untuk perkhidmatan KTMB Laluan Komuter mencapai tahap 82.3% untuk ketepatan waktu perkhidmatan dan 80.6% untuk kebolehharapan perkhidmatan. Manakala untuk perkhidmatan KTMB Laluan ETS pula mencapai tahap 81.3% untuk ketepatan waktu perkhidmatan dan 81.8% untuk kebolehharapan perkhidmatan.
3. Untuk perkhidmatan KTMB Laluan Antarabandar, kadar ketepatan waktu perkhidmatan dan kebolehharapan perkhidmatannya adalah 39.1%. Kadar yang rendah ini adalah disebabkan masalah kekurangan set tren yang dihadapi oieh KTMB.
4. Bagi mengatasi masalah ini, pihak Kerajaan sedang dalam usaha untuk membekalkan tren 38 set 6-gerabak yang diperlukan oleh KTMB.
Sekian, terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.