
Pertanyaan Bertulis Bagi Soalan 285: Penglibatan Pekerja Wanita
DARIPADA: Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG
SOALAN:
Tuan Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kadar penglibatan pekerja wanita mengikut negeri dan sektor pekerjaan dari tahun 2003 hingga 2013.
PR-1313-T57857
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
1. Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar penyertaan wanita secara keseluruhannya adalah 49.5%. Kadar penyertaan wanita adalah lebih rendah daripada kadar penyertaan lelaki iaitu pada kadar 80.5%. Kadar penyertaan wanita mengikut negeri sepanjang tahun 2003 sehingga 2012 adalah seperti berikut 1:
Jadual 1 : Kadar Penyertaan Wanita Mengikut Negeri (2003- 2012)
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (000′)
2. Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa hampir kesemua negeri mempunyai kadar penyertaan wanita hampir sekata di mana lingkungan kadar adalah di antara 44%- 53% untuk tahun 2012. Perlis mencatatkan kadar penyertaan wanita yang paling rendah iaitu 39.3% dan Selangor mencatatkan kadar penyertaan wanita yang paling tinggi iaitu 56.7 %.
Tuan Yang Di Pertua,
3. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, bagi tahun 2012, kadar penglibatan pekerja wanita mengikut sektor pekerjaan adalah seperti di Jadual 2:
Share this article
Related Articles


- 16 Mar 2026·
Discussing Tax in the Context of the End of the Neoliberal Era

- 12 Mar 2026·

