
Pertanyaan Bertulis Parlimen No.286: Penghasilan, penggunaan, import dan exsport dan simpanan makanan penting
- 5 December 2013
- Uncategorized
SOALAN NO: 286
PARLIMEN MALAYSIA
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : Bertulis
DARIPADA : Tuan Liew Chin Tong
SO ALAN : Tuan Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan penghasilan, penggunaan, import dan eksport dan simpanan makanan penting seperti beras, minyak, susu tepung bayi, tepung, bijirin, daging, ikan, gula dan garam pada tahun 2008 hingga jangkaan 2020.
JAWAPAN :
Berdasarkan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020, pengeluaran atau penghasilan komoditi makanan utama negara yang terdiri daripada subsektor tanaman (beras, buah-buahan dan sayur-sayuran), subsektor ternakan (daging lembu/kerbau, daging kambing/bebiri, daging ayam/itik, daging babi, telur serta susu dan subsektor perikanan (ikan makanan dan akuakultur) diunjurkan meningkat pada kadar pertumbuhan purata 4.1% daripada 7.3 juta tan metrik pada tahun 2008 kepada 11.2 juta tan metrik menjelang tahun 2020. Manakala pengeluaran semasa bahan makanan negara pula meningkat pada kadar pertumbuhan purata 5.2% kepada 8.6 juta tan metrik pada tahun 2012 berbanding 7.3 juta tan metrik pada tahun 2008.
DAN, 2011-2020 juga mengunjurkan peningkatan terhadap permintaan komoditi makanan utama sebanyak 3.0% daripada 10.4 juta tan metrik pad a tahun 2008 kepada 14.8 juta metrik tan pada tahun 2020. Kedudukan semasa bahan makanan Negara boleh dilihat melalui Tahap Sara Diri (Self Sufficient Level – SSLJ berdasarkan pengeluaran dan penggunaan semasa. Pada tahun 2012, empat (4) komoditi makanan utama telah mencapai SSL melebihi 100% iaitu daging ayam/itik (131.4%), telur ayam/itik (131.6%) dan ikan makanan (134.2%).
SSL beras yang merupakan makanan ruji dan komoditi utama dalam jaminan bekalan makanan negara berada pada tahap 73.5%. Manakala, SSL yang tidak mencapai 100% adalah buah-buahan, sayur-sayuran, daging lembu/kerbau, daging kambing/bebiri, daging babi dan susu.
Kedudukan eksport industri agromakanan Negara berdasarkan DAN, 2011-2020 diunjurkan meningkat pada kadar pertumbuhan purata 10% kepada RM22.7 bilion menjelang 2020 berbanding dengan RM7.6 bilion pada tahun 2008. Unjuran ini disokong oleh pertumbuhan positif komoditi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan binatang hidup. Prestasi semasa eksport industri agromakanan negara pada kadar pertumbuhan purata pada tahun 2012 berbanding tahun 2008 adalah seperti berikut:
- Binatang hidup mencatat peningkatan sebanyak 6.5% kepada RM663 juta pada tahun 2012 berbanding dengan RM566 juta pada tahun 2008;
- Hasil tenusu dan telur burung mencatat pertumbuhan sebanyak 2.7% sepanjang tempoh 2008-20123.
- lkan, krustasia, moluska dan sediaannya mencatat peningkatan sebanyak 2.2% kepada RM2.8 bilion pada tahun 2012 berbanding dengan RM2.5 bilion pada tahun 2008;
- Sayur-sayuran meningkat sebanyak 8.9% kepada RM796 juta pada tahun 2012 berbanding RM665 juta pada tahun 2008; dan
- Buah-buahan mencatat pertumbuhan positif sebanyak 7.2% kepada RM650 juta pada tahun 2012 berbanding RM487 juta pada tahun 2008.
Sementara itu, import bahan makanan negara didapati meningkat daripada RM27.9 bilion pada 2008 kepada RM36.1 bilion pada 2012 dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 9.1 %. Walau bagaimanapun, kebanyakan komoditi yang diimport adalah terdiri daripada jenis komoditi yang tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara kerana kos pengeluaran yang tinggi dan factor ketidaksesuaian iklim seperti buah-buahan beriklim sederhana seperti oren, epal dan anggur, sayur-sayuran beriklim sederhana, gandum, gula serta jagung untuk makanan ternakan. Manakala, minyak, susu tepung bayi dan garam tidak termasuk di dalam komoditi agromakanan.
Share this article
Related Articles


- 12 May 2023·
A new era of ‘Look East’ would boost both Japan and Malaysia

- 1 May 2023·
Critical Shifts Needed in Malaysia’s Economic Thinking
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.