Pertanyaan Parlimen No.26: Perolehan kelengkapan pertahanan dalam Rolling Plan

                                                                                                                                                NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT                                                                        

PERTANYAAN             :           LISAN

DARIPADA                  :           YB TUAN LIEW CHIN TONG (KLUANG)

TARIKH                        :           05.12.2013 (KHAMIS)

SOALAN:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan senarai perolehan kelengkapan pertahanan dalam Rolling Plan 1, 2 & 3 Rancangan Malaysia ke-10.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga suku tahunan ketiga Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu dari 2011 hingga 2013, kerajaan telah meluluskan peruntukan kewangan untuk melaksanakan pelbagai project kelengkapan bagi menaik taraf Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai satu ketumbukan yang kredibel sesuai dengan kedudukan kewangan semasa kerajaan. Semua projek-projek tersebut sentiasa dipantau perkembangannya dari masa ke semasa. Projek-projek kelengkapan adalah seperti berikut:

a)      Rolling Plan 1 (2011-2012) melibatkan projek kelengkapan bagi perolehan peralatan telekomunikasi, kenderaan penarik meriam, kapal peronda, pesawat pejuang dan helikopter;

b)      Rolling Plan 2 (2012-2013) melibatkan projek perolehan mortar 120mm, kenderaan perisai 8 X 8, kapal peronda, pesawat pejuang dan sistem radar; dan

c)      Rolling Plan 3 (2013-2014) melibatkan projek perolehan persenjataan, perisikan, peperangan elektronik, simulator tempur dan Network Centric Warfare (dengan izin).

Setiap perancangan Rolling Plan akan dikaji semula melalui pelbagai peringkat saringan setiap tahun supaya ia dapat disesuaikan dengan keperluan keadaan semasa. Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin terhadap pengurusan nilai perolehan kerajaan.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More