Menuju PRU14 – Johor Teraju Menuju Nusajaya dan Putrajaya

Pakatan-Rakyat

Kenyataan bersama pimpinan Pakatan Rakyat Johor daripada PAS, PKR dan DAP di Johor Bharu pada Jumaat, 24 Januari 2014:

Kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, dengan sokongan penuh semua wakil PR yang dipilih rakyat baik di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan negeri, komited dengan peranan dan misi “Johor Menerajui” bagi meletakkan Johor sebagai negeri barisan hadapan Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Nusajaya dan Putrajaya.
Menyedari cabaran dan tugas itu, keutamaan pertama kepimpinan Pakatan Rakyat Johor adalah untuk merangka satu strategi dalam tempoh satu bulan bagi menawan lapan kerusi marginal parlimen dan lapan kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional di Johor.
Kerusi marginal ialah kerusi yang dimenangi dengan 55% undi atau kurang dari itu.
Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 2013 dan persempadanan semula kawasan waktu ini, terdapat 8 kerusi marginal parlimen Barisan Nasional.
Terdapat 8 kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional.

Ketika mengusahakan strategi bagi menawan 8 kerusi marginal parlimen dan 8 kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional, Pakatan Rakyat Johor hendaklah turut memastikan diperkukuh 5 kerusi parlimen PR, terutamanya 3 kerusi marginal Batu Pahat, Bakri dan Kluang serta 18 kerusi dewan Undangan Negeri PR.

Satu mesyuarat kebangsaan/negeri peringkat tertinggi Pakatan Rakyat akan diadakan di Johor bulan hadapan untuk memulakan kempen “negeri barisan hadapan” PR Johor dalam menuju ke Nusajaya dan Putrajaya pada PRU14.

PR Johor mencadangkan satu mesyuarat peringkat tertinggi dengan BN Johor bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlakunya satu lagi rusuhan kaum 13 Mei

Bersesuaian dengan moto “Johor Menerajui”, Pakatan Rakyat Johor mengusulkan satu mesyuarat peringkat tertinggi dengan Barisan Nasional Johor bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlakunya satu lagi rusuhan kaum 13 Mei di negara ini.

Pakatan Rakyat Johor menyokong sepenuhnya daya usaha kepimpinan kebangsaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP menawarkan tanda perdamaian kepada Perdana Menteri dan kepimpinan Barisan Nasional untuk diadakan Mesyuarat Kemuncak antara kepimpinan BN dan PR untuk meyakinkan Rakyat Malaysia bahawa semua tindakan akan diambil oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk memastikan tidak akan berlaku satu lagi rusuhan 13 Mei, sebagaimana yang dirancang oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pakatan Rakyat Johor menyokong sepenuhnya kennyataan bahawa sekiranya gabungan BN dan PR bersatu memastikan tidak akan berlakunya satu lagi 13 Mei, tidak akan ada kumpulan atau gerakan di Malaysia yang mampu berkonspirasi untuk mewujudkan satu lagi 13 Mei.

Kami menyokong sepenuhnya rasa cinta dan patriotisme pemimpin PR daripada PAS, PKR dan DAP disebalik daya usaha Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR dan menggesa mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam ini melangkaui pertimbangan parti dan peribadi untuk memastikan bahawa Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR dapat diadakan dengan jayanya bagi menghantar mesej yang jelas dan nyata kepada semua rakyat Malaysia dan dunia – bahawa rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, kawasan dan kecenderungan politik bersatu bagi memastikan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara bersatu, harmoni, aman dan toleran serta tidak akan menerima atau bertoleransi dengan mana-mana cubaan jahat dari mana-mana kumpulan yang cuba untuk melemahkan dan memusnahkan negara Malaysia dengan mengapi-apikan kebencian, konflik dan ketegangan antara kaum serta agama, melaga-lagakan antara kaum, agama dan sesama rakyat Malaysia!

Kami percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada ahli parti politik di dalam gabungan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, mahu melihat perpaduan, keamanan dan toleransi terus menjadi ciri-ciri pembangunan bangsa di Malaysia dan membenci sebarang perbuatan mengapi-apikan kebencian, konflik dan ketegangan antara kaum serta agama. Malah, kami mengecam mana-mana pihak yang mahu mewujudkan semula atau mengugut untuk mewujudkan satu lagi 13 Mei di Malaysia.

Adalah satu ide yang baik sekiranya daya usaha untuk Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR di peringkat kebangsaan turut diadakah di perinkat negeri, dan inilah sebabnya mengapa PR Johor mengambil inisiatif untuk mengusulkan Sidang Kemuncak untuk pemimpin BN-PR Negeri Johor.

Ini merupakan satu cabaran yang mendesak untuk dihadapi oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan negara tidak mengira parti politik, kerana pengkhianat yang cuba untuk memusnahkan Malaysia dengan satu lagi 13 Mei sudahpun memulakan tahap kedua konspirasi mereka bagi melancarkan satu lingkaran keganasan seperti mana yang dapat dilihat melalui peningkatan hasutan kebencian, konflik, dan ketegangan agama di Pulau Pinang bersama dengan insiden keganasan yang amat dikesali.

Kepimpinan Pakatan Rakyat Johor bersedia untuk mengadakan Sidang Kemuncak Johor untuk pemimpin BN-PR pada bila-bila masa, bergantung kepada respon kepimpinan BN Johor.

Pesuruhjaya PAS Johor- YB Aminolhuda bin Haji Hassan
Tinbalan Setiausaha Agung PKR – Steven Choong
Pengerusi DAP Johor – YB Liew Chin Tong

Share this article
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Articles

Rental Housing

This morning, I asked a supplementary question in the Johor State Assembly to the EXCO for Housing and Local Government Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor on the question…
Read More