
Petanyaan-pertanyaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen ke-13
- 25 February 2014
- Uncategorized
Pertanyaan-pertanyaan lisan
1. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI KEWANGAN untuk senaraikan jumlah subsidi petrol dan diesel secara asing dan terperinci bagi tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013.
2. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kekerapan kapal perang asing meceroboh EEZ Malaysia terutama di Laut China Selatan sejak tahun 2005 hingga 2014, dan apakah pendirian Malaysia terhadap pencerobohan kapal perang China ke James Shoal, EEZ Malaysia pada 26 Januari 2014.
3. En Liew Chin Tong [Kluang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bantuan yang diberikan kepada keluarga Cheong Chun Yin (830907-08-5675) yang telah dihukum mati di Singapura dan dasar Kementerian mengendalikan kes-kes hukuman mati warga negara di luar negeri.
4. En Liew Chin Tong [Kluang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan secara terperinci:
(a) bilangan banduan yang telah menjalani hukuman mati sejak 1957 (mengikut kewarganegaraan dan jantina)
(b) senarai banduan akhir yang sedang menunggu hukuman mati (mengikut kewarganegaraan, negeri, dan jantina)
(c) berapa orang banduan telah digantung mati dalam tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013.
5. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai jadual statistik terperinci kes jenayah keganasan dan harta benda dalam perinci seperti kes rogol, bunuh, dan ragut sebagainya yang berlaku di Johor menurut 13 Ibupejabat Polis Daerah (IPD) dari tahun 2008 hingga 2014.
6. En Liew Chin Tong [Kluang] Minta PERDANA MENTERI menenaraikan suntikan modal dan peminjaman bon untuk 1MDB dan pelaburan 1MDB dalam bentuk jadual berserta sumber-sumber suntikan modal, pelaburan dan program/projek 1MDB dari tahun 2009 sehingga 2014.
7. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perbandingan antara Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) dengan RDF, Rawatan Thermal, serta Anaerobic Digestor dan Rawatan Mekanikal Biologi dari segi kos, pembangunan lestari dan pencemaran.
8. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perbandingan antara hospital milik kerajaan, GLC dan swasta dari segi jumlah hospital, Doktor, Pakar Perubatan, jururawat, bilangan katil dan pesakit dari tahun 2001 hingga 2014.
9. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah kes pemintasan email, telemomukasi dan pos dalam pecahan ahli politik, suspek jenayah dan orang awam oleh pihak kuasa dibawah peruntukan undang-undang pada tahun 1998 hingga 2014.
10. En Liew Chin Tong [Kluang] minta PERDANA MENTERI menjelaskan cara dan rasional pengklasifikasian SPR membahagikan kawasan parlimen dengan klasifikasi Bandaraya, Bandar, Separuh Bandar, Separuh Luar Bandar dan Luar Bandar.
Pertanyaan-pertanyaan bertulis
1. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyenaraikan jumlah penjanaan kuasa oleh setiap loji kuasa mengikut cara penjanaannya berbanding dengan jumlah penggunaan setiap kategori pelanggan, betul sehingga peringkat setiap daerah setiap tahun bermula 2000 hingga 2013 dan jangkaan untuk 2014.
2. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI KESIHATAN memberi bilangan katil hospital kerajaan per 1000 populasi Malaysia dari tahun 2003 sehingga 2013 mengikut hospital awam secara terperinci. Nyatakan bilangan hospital awam yang akan dibina pada masa depan untuk menampung keperluan rakyat.
3. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI menyatakan peruntukan dalam kajian nuklear, jumlah pakar-pakar sains nuklear dan tahap kemahiran pengetahuan teknologi nuklear dari tahun 2003 hingga 2014.
4. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai perinci jumlah kes Index Jenayah dan Bukan Index Jenayah dikategori mengikut Kanun Keseksaan Sesyen 382, 452, 453, 457, 324,326,148, “Tiada Tindakan Lanjut”, “Rujuk Kepada Magistrate” pada tahun 2005 hingga 2014.
5. En Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan laporan-laporan kesesuaian lokasi membina loji rawatan thermal yang telah dijalankan di Taman Beringin, Tanah Merah, Bukit Payong, Sungai Udang dengan perinci seperti EIA, kos pembinaan dan sebagainya.
Usul
“Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan.”
(MENTERI PERTAHANAN)
Share this article
Related Articles


- 22 Sep 2023·
Harmonising ESG practices

- 16 Sep 2023·
𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗮𝗯𝗼𝘂𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗵𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗽𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲 𝗼𝗳 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.