
Soalan 75: Cara dan rasional pengklasifikasian SPR membahagikan kawasan Parlimen
- 17 March 2014
- Uncategorized
SOALAN NO: 75
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN
DARIPADA TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG 1
TARIKH 13 MAC 2014
SOALAN:
Tuan Liew Chin Tong [KLUANG] minta PERDANA MENTERI menyatakan cara dan rasional pengklasifikasian SPR membahagikan kawasan Parlimen dengan klasifikasi bandar raya, bandar, separuh bandar, separuh luar bandar dan luar bandar.
JAWAPAN: YB DATO’ SERI DR SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan mempersempadankan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah berlandaskan kepada prinsip-prinsip persempadanan dan tatacara persempadanan yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas,
Perlembagaan Persekutuan serta di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperuntukkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan, prinsip-prinsip persempadanan adalah seperti berikut:
1. Kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak
melanggar sempadan negeri;
2. Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihanraya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian;
3. Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri kecuali apabila terdapat
kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi
pertimbangan;
4. Mengekalkan perhubungan masyarakat tempatan.
Sehingga kini, Kerajaan berpandangan prinsip-prinsip persempadanan bahagian pilihan raya yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan masih lagi relevan untuk dilaksanakan dalam urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri. Oleh yang demikian, SPR akan mengguna
pakai prinsip-prinsip tersebut dalam urusan persempadanan pada kali ini.
Berhubung dengan pembahagian kawasan kepada lima kategori, ianya hanyalah urusan pentadbiran SPR sahaja. Ia bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja yang dilakukan oleh SPR. Walau bagaimanapun, pembahagian kawasan yang ditetapkan oleh SPR ianya tidak sama sekali melanggar prinsip-prinsip persempadanan yang telah ditetapkan di bawah Sahagian I Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.
Sekian. Terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.