Soalan Parlimen 24: Perbandingan method berbeza tentang rawatan sisa pepejal

SOALAN ( 24)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN: LISAN
TARIKH: 18 MAC 2014 ( SELASA)
DARIPADA: Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG]

SOALAN:

Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perbandingan antara Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) dengan RDF, Rawatan Thermal, serta Anaerobic Digester dan Rawatan Mekanikal Biologi dari segi kos, pembangunan lestari dan pencemaran.

JAWAPAN :-

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kesemua jenis teknologi atau kaedah yang dinyatakan tersebut mempunyai fungsi mereka yang tersendiri dalam pengurusan sisa pepejal dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain bagi memastikan sisa pepejal dirawat dan dilupuskan secara bersepadu.

Rawatan secara mekanikal dan biological (MBT) adalah proses rawatan sisa residual (sisa baki) yang merangkumi kaedah-kaedah dan teknologi MRF, RDF dan Anaerobic Digester. Ia bertujuan untuk mengasingkan bahan yang boleh dikitar semula dan menghasilkan produk yang berekonomik seperti RDF (refuse derived fuel), biogas dan kompos.

Anerobik Digester umpamanya akan merawat s1sa organik dan menghasilkan kompos dan biogas manakala MRF akan menghasilkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Manakala rawatan termal pula adalah satu terma generik yang terpakai untuk teknologi yang menggunakan suhu yang tinggi bagi merawat sisa pepejal seperti insinerator, pyrolysis dan gassifikasi.

Disamping membakar sisa pepejal, teknologi ini juga akan menghasilkan sumber tenaga seperti elektrik
sebagai produk sampingan. Berhubung dengan kos pula, ia bergantung kepada kualiti dan kuantiti sisa
pepejal yang akan dirawat. Tambahan pula jenis sisa pepejal yang diproses adalah berbeza diantara satu teknologi dengan yang lain. Oleh kerana itu, ia yang memerlukan kos pembangunan yang berbeza.

Contohnya, MBT hanya menggunakan kaedah pengasingan secara mekanikal dan biological seperti anaerobik digester yang hanya merawat sisa organik melalui proses decomposition atau pereputan manakala loji
rawatan termal akan membakar semua jenis sisa pepejal yang bercampur-campur.

Loji rawatan termal pula mempunyai tiga kaedah yang berbeza seperti berikut:-

(i) insinerator menggunakan teknik pembakaran dengan udara yang berlebihan;
(ii) pyrolysis adalah pembakaran tanpa udara; dan
(iii) gasifikasi pula merujuk kepada pembakaran dengan udara yang terhad.

Secara umumnya loji rawatan termal adalah lebih tinggi kosnya daripada MRF ataupun anaerobik digester.
Pada kesimpulannya, semua pendekatan yang menggunakan kaedah ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jika tujuan adalah untuk menghasilkan kompos, loji rawatan termal tidak sesuai digunakan.

Tetapi jika tujuan adalah untuk menghasilkan tenaga elektrik dan merawat sisa pepejal dengan keberkesanan yang tinggi (high effiency) maka loji rawatan termal adalah sesuai. Manakala jika tujuan adalah untuk menghasilkan bahan kitar semula, maka teknologi MRF boleh digunakan.

Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Mac 2014

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Ending low pay

The Malaysian economy is at a crossroads. Indeed, Malaysia as a nation is at a crossroads. The most important question concerning the Malaysian economy is the presence of a huge…
Read More

Four major challenges confronting us

I attended the Progressive Alliance conference titled “Asia’s Social Democratic New Deal for Peace, Democracy, Recovery, Sustainability” in KL over the weekend. The conference was officiated by DAP Secretary-General Sdr…
Read More