
Soalan Parlimen 43: Kapal perang asing menceroboh EEZ Malaysia
- 20 March 2014
- Uncategorized
SOALAN NO : 43
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG]
TARIKH : 17 MAC 2014
SOALAN :
TUAN LIEW CHIN TONG [KLUANG] minta PERDANA MENTERI menyatakan kekerapan kapal perang asing menceroboh EEZ Malaysia terutama di Laut China Selatan sejak tahun 2005 hingga 2014, dan apakah pendirian Malaysia terhadap pencerobohan kapal perang China ke James Shoal, EEZ Malaysia pada 26 Januari 2014.
JAWAPAN: YB DATO’ SERI DR SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang diPertua,
Semenjak 2011, pencerobohan kapal perang Republik Rakyat China (RRC) dalam kawasan perairan negara di Laut China Selatan berlaku hampir sekali setiap tahun. Pada 2013, berlaku peningkatan pencerobohan oleh aset-aset RRC yang tertumpu di kawasan Beting Patingi Ali (BPA), Beting Raja Jarom (BRJ) dan Beting Serupai (James Shoaf), kesemuanya dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE). Sepanjang 2013 hingga Februari 2014, tujuh (7) pencerobohan dikesan yang melibatkan 16 buah aset-aset tentera laut atau People’s Liberation Army Navy (PLAN) dan China Maritime Surveillance (CMS) RRC.
Kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai keselamatan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan. Dalam hubungan ini, sukacita memaklumkan bahawa Pasukan Keselamatan khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa melaksanakan rondaan dan pengawasan maritim secara berterusan dalam kawasan perairan negara di Laut China Selatan. Sebagaimana yang diketahui, Laut China Selatan adalah semi enclosed sea yang dituntut oleh beberapa buah negara iaitu Brunei, Republik Rakyat China (RRC) (termasuk Taiwan), Malaysia, Filipina dan Vietnam. Dalam hubungan ini, pendirian negara berhubung dengan tuntutan bertindih di Laut China Selatan adalah:
Pendirian Pertama :
Malaysia berpendirian bahawa pertikaian yang berbangkit daripada tuntutan bertindih di Laut China Selatan wajar diselesaikan secara aman melalui perbincangan, dialog dan perundingan yang melibatkan negara-negara menuntut, atau Claimant States ;
Pendirian Kedua :
Laut China Selatan dikelolakan governed di bawah perundangan antarabangsa khususnya, United Nations Convention on the Law o he Sea (UNCLOS) 1982 dan negara-negara yang menuntut telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen ini. Dengan demikian kerajaan berpendirian penyelesaian terbaik kepada pertikaian ini hendaklah berlandaskan undang-undang antarabangsa UNCLO 1982; dan
Pendirian Ketiga :
Penyelesaian melalui arbitrasi atau pihak ketiga boleh dirujuk kepada sebagai contoh Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau Internation Court of Justice (ICJ); Tribunal Antarabangsa Mengenai Undang- Undang Laut (International Tribunal on the Law of the Sea (ITLOS tau mana-mana Tribunal Timbang Tara. Walau bagaimanapun, kerajaan pada ketika ini tidak bercadang untuk merujuk pertikaian tuntutan bertindih di Laut China Selatan melalui mana-mana pihak ketiga.
Sekian. Terima kasih.
Share this article
Related Articles


- 26 Sep 2022·
Ending low pay

- 2 Jul 2022·
𝗧𝗵𝗲 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗻𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀: 𝟮𝟱 𝘆𝗲𝗮𝗿𝘀 𝗼𝗻
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.