Soalan 57: Banduan Mati

NO. SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA : TUAN LIEW CHIN TONG [KLUANG]
TARIKH : 19 MAC 2014
RUJUKAN : 6523

SOALAN:
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang 1 minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci:-

(a) bilangan banduan yang telah menjalani hukuman mati sejak 1957 (mengikut kewarganegaraan dan jantina) ; dan

(b) senarai banduan akhir yang sedang menunggu hukuman mati (mengikut kewarganegaraan, negeri, dan jantina) dan berapa orang banduan telah digantung mati dalam tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,
(a) Semenjak tahun 1998 hingga 2014, seramai 30 banduan telah dilaksanakan hukuman mati. 25 orang daripada mereka adalah rakyat Malaysia, 3 Nigeria dan 2 Singapura. Hanya seorang daripada banduan berkenaan adalah wanita. Dalam tempoh tersebut juga, seramai 92 orang telah diberikan pengampunan dan diringankan hukuman oleh Lembaga Pengampunan Negeri.

(b) Berasaskan rekod Jabatan Penjara pada 15 Mac 2014 tiada rayuan atau petisyen dari mana-mana banduan hukuman mati yang telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan Negeri dan seterusnya perintah pelaksanaan hukuman dikeluarkan yang membolehkan banduan berkenaan dikategorikan sebagai menunggu pelaksanaan hukuman mati iaitu sepertimana
pertanyaan Yang Berhormat. Sebaliknya pada tarikh yang sama Lembaga Pengampunan Negeri telah mempertimbangkan peringan hukuman untuk 11 orang banduan.

Semenjak tahun 2010 hingga 2013, hukuman mati telah dilaksanakan hanya terhadap 4 banduan.

Share this article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles