
Soalan 72: Pemintasan komunikasi
- 25 March 2014
- Uncategorized
NO. SOALAN: 72
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN LIEW CHIN TONG [KLUANG]
TARIKH : 20 MAC 2014
RUJUKAN : 6695
SOALAN:
Tuan Liew Chin Tong (Kiuang) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes pemintasan e-mel, telekomunikasi dan pas dalam pecahan ahli politik, suspek jenayah dan orang awam oleh pihak kuasa di bawah peruntukan undang-undang pada tahun 1998 hingga 2014.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Fungsi utama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), PDRM adalah menjalankan penyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun
secara bersindiket.
JSJK,PDRM juga bertanggungjawab ke atas kes-kes yang mempunyai hubung kait dengan jenayah pemintasan telekomunikasi termasuk e-mel, telekomunikasi dan pos yang tertakluk di bawah Akta Kanun Keseksaan.
Pihak JSJK, PDRM telah membuat pelbagai method atau kaedah dari semasa ke semasa bagi membongkar pelbagai taktik usaha pintasan telekomunikasi antaranya pintasan cek, pintasan kad sim bagi tujuan penipuan transaksi perbankan internet dan sebagainya yang melibatkan jumlah kerugian yang tinggi. Siasatan mendapati
kebanyakan suspek yang terlibat dalam kes pintasan telekomunikasi ini mempunyai kepakaran dalam menggodam akaun perbankan internet serta e-mel mangsa bagi mendapatkan nama serta kata
laluan. Selain itu, terdapat juga kes di mana mangsa-mangsa diperdaya untuk membuat pembayaran ke atas akaun-akaun yang bukan berkaitan dengan urusniaga mangsa.
Berdasarkan statistik JSJK, PDRM dari tahun 2007 hingga 2013, jumlah kes pemintasan e-mel, telekomunikasi dan pos telah mencatatkan jumlah yang tertinggi sebanyak 94 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM12,539,093.26 pada tahun 2013. Jumlah tersebut telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2. 7 peratus berbanding sebanyak 32 kes yang mencatat jumlah kerugian sebanyak RM 4,636,487.83 pada 2012. Pada 2011, jumlah kes telah dicatatkan adalah 5 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM960, 150.00.
Walau bagaimanapun, JSJK, PDRM tidak menyimpan statistik jenis suspek yang terlibat dalam jenayah pemintasan telekomunikasi sama ada terdiri daripada ahli politik ataupun orang awam.
Siasatan dan risikan akan sentiasa dibuat dari semasa ke semasa lagi mematahkan aktiviti pemintasan e-mel, telekomunikasi dan pos daripada terus berleluasa melalui kesepaduan kerjasama antara Kerajaan, pihak swasta dan rakyat. Kerajaan akan sentiasa melipat gandakan usaha untuk membanteras aktiviti-aktiviti sebegini bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara sepenuhnya.
Share this article
Related Articles


- 7 Nov 2023·
Thinking Strategically for Malaysia’s Semiconductor Industry

- 6 Nov 2023·
Bringing Malaysians back to the cities
Join Us
Let’s build the next wave together
To all Malaysians who created the GE14 miracle, keep fighting. We will be back stronger.